Membeli Samsung Note 10 Plus di Maxis Centre The Garden
- January 20, 2020
- By Encik Jay
- 0 Comments
Sejak insiden kecurian Samsung Note 8 isteri saya pada tahun lepas, isteri saya telah bercita-cita untuk kembali menggunakan Samsung Note yang terkini apabila kontrak 24 bulan bayaran ansuran berakhir. Namun begitu, apabila iPhone 7 Plus yang dipinjam daripada adiknya (sebelum ini digunapakai oleh mak mertua saya sebelum diswap dengan Vivo Y17) telah berhenti berfungsi (tak sempat nak backup pun iPhone tu), maka plan terpaksa ditukar.
Memandangkan saya telah pun membeli Samsung A50 di MidValley The Garden tahun lepas di bawah plan Maxis One Share, kali ni kena guna 'main line' pula dengan setelkan baki installment Note 8 yang masih tinggal.
Ditemani juga oleh adik kepada isteri saya, keterujaan isteri saya tidak dapat dibendung lagi kerana ada banyak mesej-mesej WhatsApp tidak dapat dibaca.
Maxis Centre di The Garden ni dibuka sampai jam 10 malam. Teringat kisah anak saya hilang di Maxis Centre Suria KLCC waktu tu tengah nak beli Samsung Note 5, tu cerita 5 tahun lepas la.
Sementara menunggu no giliran dipanggil (hebat tempat ni, no giliran ikut SMS je) anak saya sempat lagi main game RPG ni. Boleh gelak pulak kelakar tembak ayam dalam game tu. -- Tonton Video
Budak zaman sekarang cepat aje bila tengok dunia digital ni.
Maxis punya device dengan SOP mereka canggih betul, semuanya paperless.
Note 10+ dah muncul di atas meja.
Budak tepi tu dah tak hirau apa dah bila ngadap game. Mamanya kegembiraan menerima Samsung Note 10 Plus yang baru. Semoga dalam tempoh kontrak 24 bulan yang akan datang dengan phone baru ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam kerjaya yang diceburi. Aminn..
Dalam perjalanan balik ke tempat parking kereta, tersinggah pula di tempat Lego ni.
Teruja pulak duk tengok Lego gergasi ni.
Kalau bab berposing nak bergambar serah kat budak ni.
Display Lego waktu tu, dah nak tutup dah MidValley time tu.
Sempat lagi pulak bergambar dengan BumbleBee AK Fishball.
MidValley City ni kalau sehari berjalan dalam tu pun tak habis nak round. Cuma kena pastikan jangan sangkut dalam jem nak keluar dari mall ni kalau tak kena bayar parking extra kalau melebihi 15 min. Pernah kena sekali, sampai bila-bila ingat..haha..
0 komen