Cara Terminate Akaun UniFi 2020

Blog post ini merupakan kesinambungan daripada kisah Beralih ke MaxisOne Home Fibre Broadband. Perkara pertama yang saya jumpa bila nak terminate UniFi ni adalah, kalau nak register senang sebab register online boleh, pergi kedai/booth kat shopping mall boleh, tengok kat iklan online contact orang dalam tu boleh, isi borang kat booth UniFi tepi jalan depan kondo semua boleh, tapi kalau nak terminate UniFi ni, hanya boleh buat di TMPoint sahaja dan bukan semua TMPoint yang tersenarai dalam web TM tu boleh proses UniFi, hanya yang terpilih sahaja.

Sepatutnya kalau ikutkan pada hari MaxisOne Home Fibre saya hari tu dah online je, saya dah boleh pergi terminate tetapi disebabkan komitmen nak pergi bercuti ke Genting tu dah ada dalam plan, maka terpaksalah ditangguhkan ke hari bekerja seterusnya iaitu Selasa 28 Jan 2020. Disebabkan saya tinggal di KL tetapi bekerja di Seri Kembangan, TMPoint yang boleh proses termination paling terdekat dengan saya adalah di Cyberjaya. Okay jugaklah tempat ni, parking pun percuma dan luas.


TMPoint Cyberjaya ni berada di dalam TM Main Complex Cyberjaya. Guna Waze jer kalau nak ke sini.


Nampak tak ada tulis tu, TM Main Complex Cyberjaya. Kalau tengok cerita Ejen Ali The Movie, Cyberaya sebenarnya sinilah kut cuma tak jumpa pulak Kedai Mamak Ali Maju..haha..


Kaunter tepi tu tempat pertanyaan dan ambil nombor.


Disebabkan info yang saya dapat untuk terminate UniFi ni nak kena bawak pink form (ada dalam beg kertas tu sebelah kotak tu kalau nampak) dan router WiFi lama TM bagi balik ke TM, maka saya pun bawak sekali dengan kotaknya terus bungkus elok-elok, dah macam baru pulak padahal dah lebih 24 bulan atau 2 tahun lebih.


Okay, dah siap termination, router WiFi pun tak perlu pulangkan balik, saya pulak terpaksa bawak balik. Oh yer, sebenarnya saya ada 2 akaun UniFi sebab saya ada 2 rumah yang saya kena bagi servis internet, yang ni akaun yang dah terminate ni rumah sewa yang saya duduk, lagi satu rumah mak saya. Mujur pegawai lelaki yang handle kes saya ni takde banyak cerita nak tanya apa bagai. Keseluruhan  proses mengambil masa tak sampai setengah jam pun. Mungkin sebab tak ramai pelanggan kut di sini. Cuma sekarang ni router WiFi TM yang dapat mungkin akan terkubur dalam stor rumah saya.

Ada sesiapa berminat nak beli router WiFi TM (masih elok dan boleh guna lagi, plastik cover melekat kat device tu pun tak cabut lagi), boleh hubungi saya ok? Adios..

You Might Also Like

0 komen