Memasang Water Heater Shower di Rumah

Membeli dengan menyewa rumah ada 2 perkara yang berlainan. Pada 31/8/2010 aku telah meletakkan wang pendahuluan sebuah rumah second hand (kereta pun second hand jugak..haha), selama ni aku tinggal di rumah peninggalan bapa aku (rumah mak aku la senang nak panggil) sebab nak temankan mak dan adik-adik aku. Rumah yang aku beli tu pun dekat jer, siap keluar jer dari rumah dah boleh nampak rumah apartmen aku depan-depan tingkat 6. Aku hanya dapat kunci rumah yang aku beli tu pada 8/12/2011 (1 tahun, 3 bulan dan 8 hari) siap kena penalti lagi sebab lambat uruskan dokumen jual beli rumah. Macam-macam perkara aku belajar daripada pengalaman beli rumah ni tapi aku tak nak la tulis lagi kat sini, kalau aku berminat nanti aku cerita la ok?

So, dah dapat kunci rumah aku dan isteri, aku tak terus masuk rumah lagi. Rumah 2nd hand ni tahu-tahu jer la, macam-macam benda nak kena buat bukan macam rumah baru. Dinding dah comot nak kena cat, lantai hitam berhabuk tak ingat nak kena cuci, tandas hitam legam nak kena sental dan seribu satu lagi masalah lain nak kena setel. Masa untuk aku dengan isteri aku pulak nak buat kerja-kerja tu cuma pada waktu weekend jer. Akhirnya pada bulan 4 tahun ni, baru la nak masuk rumah ni.

Memandangkan aku dah terbiasa mandi guna water heater shower, nak tak nak terpaksa la beli jugak water heater shower ni. Aku pun pergi la survey kat kedai elektrik dekat dengan ofis aku. Macam-macam pilihan ada:

Pilihan water heater shower
Sebelum ni dah pernah beli dah water heater shower yang kat rumah mak aku, beli yang ada pump punya jenama Pensonic berharga RM360. Pasang sendiri jer (walaupun senget) sebab wiring dengan drilling tempat sangkut semua dah siap. Beli yang ada pam pun sebab pressure rumah mak aku agak lemah, bila ada orang guna bilik air bawah, bilik air dekat bilik aku duduk terus takde air. Dulu aku selalu jugak mengamuk sengsorang dalam bilik air sebab tetiba jer tengah sabun semua, air takde. Terpaksalah tunggu berapa minit sampai orang bilik air bawah selesai baru la ada air balik. Bila dah guna yang ada pam baru la takde masalah. Ke mana aku dah bercerita ni, oh yer..water heater pam nak beli kat kedai elektrik dekat dengan ofis tempat aku kerja.

Aku pilih water heater shower Elextrolux (takde pam)
Setelah tengok-tengok water heater yang ada, aku terpaksa reject jenama Joven sebab bini aku dah banned jenama tu. Katanya dulu kat rumah di Ipoh dah pernah pasang tapi tak tahan lama. So, last-last dah bincang-bincang, setuju la ambik jenama Elextrolux warna putih kat atas tu. Rumah aku punya pressure air okay so tak payah guna yang ada pam. Harga siap pasang semua dia kasi RM360 termasuk cabling 10 kaki. Pulak tu penghantaran dia tak cas, aku siap bagitahu lagi aku duduk kat KL (Kedainya kat Seri Kembangan) tapi dia kata asalkan dalam Lembah Klang. Kira okay la tu kan? Aku dah try tanya kedai elektrik kat KL, dekat pun dia nak cas RM150 nak upah pasang semua, tara guna betul.

Bil belian Water Heater Shower
Beli seminggu awal pastu set appointment pasang siap-siap. Tarikh yang dijanjikan, kontraktor pemasangan pun sampai. Bagus jugak la dia tepati janji, aku hari tu beli perabut rumah siap tempah dan bayar sebulan awal, kedai tu boleh tangguh-tangguh sampai 2 minggu, sakit jiwa isteri aku duk kol marah-marah orang kedai tu.

Kotak water heater Elextrolux
Mulanya aku ingat dah takde kena cas dah (memang takde cas sebenarnya pun), tapi kena jugak letak kotak switch nak on/off kan water heater tu. Takkan nak guna plag biasa pulak cabut pasang kat kotak plag 3 pin tu. Kena la tambah lagi RM60. So, total semua RM420.

Kontraktor pemasangan tengah tebuk lubang kat dinding bilik air.
Dinding kat rumah aku ni memang keras giler semacam. Aku dah pernah patahkan mata drill dah satu. Kontraktor tu pun cakap dinding rumah aku ni keras, tapi dia punya drill tahap dewa punya so tembus jugaklah. Habis pecah jugak la yang sebelah dalam bilik air tu, aku nak kena tampal pulak nanti.

Pasang wayar
Bini aku komplen wayar tu dia adjust nampak buruk. Memang pun, time diorang pasang tu aku tak terfikir pulak. Aku cadang nak tutup guna kotak penutup wayar bila aku rajin nanti. Tengok la camner karang.

Sebelum pasang water heater

Selepas pasang water heater
So, water heater dah pasang so aku dan isteri pun berpindah masuk dan tinggal di rumah kami sendiri. Aku tahu, memang bilik air aku ni agak buruk. Tunggulah aku ada modal karang aku renovate la rumah kasi kasi macam Eric Leong punya design..hahaha..

You Might Also Like

27 komen

  1. aku dulu beli meja makan, bangla tu tipu aku sampai 3 hari. aku meroyan pekik2 marah dia. aku ckp kalau dia tak hantar sekarang aku dtg bawak polis. ha tahu dia takut. cepat je hantar

    ReplyDelete
  2. sesiapa yg dok area putrajaya dan berhajat nak pasang water heater serta memerlukan khidmat drill lubang skru dinding boleh la lawati blog sy ni:> http://shower-heater.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak pasang water heater kt umah sendiri ni..;)

    ReplyDelete
  4. KALAU HEATER BRAND ELECTROLUX NI SEBENARNYA BARANG DALAM DIA ADALAH DARI PENSONIC, BEZA CUMA COVER LUAR SAHAJA NAMPAK CANTIK, TAPI PEMEGANG SHOWER CEPAT LONGGAR...

    ReplyDelete
  5. Aku tgh google brand shower utk rumah aku sebab yg lama dah rosak. Dan brand tu adalah Joven. Baru 3 thn pakai dah lingkup. Tak sangka org lain pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah 3 tahun tu biasalah kalau ada jadi masalah tu, tapi masih lagi dalam tempoh waranty 5 tahun. biasanya masalah flow sensor. ketahanannya juga bergantung pada kekerapan penggunaan. satu lagi jangan sampai air tersembur pada water heater tu, nanti akan masuk juga kat celah tepi penutup tu yang boleh menyebab kan karat pada board dalam.

      http://shower-heater.blogspot.com/

      Delete
  6. Update terkini:

    Water heater aku ni baru jer rosak. Heater dia tak function tapi testing ELCB tu boleh jalan lagi. Waranti pulak dah expired, terpaksa hantar ke repair centre kat Subang Jaya. Hampeh betul!

    ReplyDelete
  7. mungkin flow water sensor dia dah rosak, kalau tukar menda tu ok lah, sensor dia tu harga tak sampai rm10 pun, dah banyak biji saya repair masalah macam ni.

    ReplyDelete
  8. Aku mmg peminat jenama panasonic..Dua water heater aku kat rumah jenama panasonic..sekali aku tmbh lg 1 baru2 ni, br aku perasan lubang air kat kepala shower dia x byk lubang..so air yg kuar x best.mcm x puas je mndi..bila aku check kat kedai, mmg sume model panasonic dia punya kepala water heater mmg dh mcmtu skrg ni..x mcm dulu..frust btol aku..bila tuka dgn kepala yg bli sendiri, jd c best pulak..air jd slow..

    ReplyDelete
  9. Habis.. Jenama apa yg ok ek

    ReplyDelete
  10. Aku pasang jenama Pensonic yang ada built-in pump beli kat Tesco tak sampai RM400 pun pastu pasang kat rumah mak aku. Sampai hari ini okay lagi water heater tu. Water heater Electrolux yang aku dah repair tu dah rosak balik dah pun. Dah berapa bulan dah aku duk mandi air sejuk jer sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya pensonic buatan malaysia lg tahan ke.

      Delete
  11. As slm, kalau water heater elcb pdm dan heater xder power tapi kat switch masih nyala lampu boleh repair lagi ker..mcm sayang nk beli baru. Brand Panasonic xder pump dh 7 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba hantar kat servis center la tanya tengok.

      Delete
  12. still ada ke yang blh reply komen ni.... nak tanya water heater rubine ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand Rubine tak pernah guna. Pensonic tahu la, okay jer setakat ni. Electrolux ni yang dah jahanam dah..

      Delete
  13. confiusnya nak beli yang mana.... JOVEN or RUBINE? RUBINE ade warranty lama...

    ReplyDelete
  14. Adoi la. Dh beli model yg sama,baru terjumpa entry ni. Tgh tgu nak pasang esok. Harap jgn la rosak awal sgt. Uhukuhuk

    ReplyDelete
  15. baru guna water heater pensonic ni.. tapi earth button blinking warna biru aje.. kenapa ek? risau pulak nak guna..

    ReplyDelete
  16. Macamana cara nak test water heater Joven yer? Risau pula baca sekarang ni ada kes kematian disebabkan litar pintas dari water heater.

    ReplyDelete
  17. Salam saya punya water heater suis lampu dia nyala tapi heater takleh nk berfungsi!?!? Suis heater tu pulak dia dah macam kedalam dindind dah.. apa yang harus saya buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena panggil technician check la kut..letrik2 ni bukan boleh buat main2..huhu

      Delete
  18. Water heater saya baru pasang. Lampu ELCB nyala, tapi lampu pemanas taK nyala. On suis, dia cuma berkelip 2 kali, lepas tu mati. Apa masalahnya ye? Water heater midea tanpa pam model MWH-380Q. Harap encik dapat membantu. Terim a kasih.

    ReplyDelete
  19. bahaya guna flexible 3core wirwe utk water heater/aircond..takut tak tahan load

    ReplyDelete
  20. water heater Faber baru dua tahun guna masih boleh berfungsi...cuma tak panas...kenapa....apa yang perlu saya buat....ada tiga lampu...lampu merah yg tak menyala...biru dan kuning ada.....ada sesiapa boleh bantu....nak beli baru sayang ...sbb masih boleh digunakan...

    ReplyDelete
  21. Ayah saya beli ini. Cuma nak pasang macam mana? Perlukan tutorial...

    ReplyDelete
  22. Jenama ape yang ok tahan lama murah ye bang? Cadang nak pasang di rumah.

    ReplyDelete