Sehari selepas isteri aku discharged daripada PPUM, pada 1/5/2012 ataupun pada Hari Buruh, aku telah pun mengajak isteriku menemani aku ke JB memandangkan tiada rakan seofis yang boleh turut bersama dalam trip kali ni. Macam biasa, aku bertolak tengahari dan sampai di Skudai petangnya. Malam tu terus ke Medan Steamboat Luton Van terletak di sebelah Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru. Aku makan mi goreng kerang, sedap jugak.
Majidee Steamboat: Isteri aku tengah buat pilihan |
Gerai-gerai yang lain |
Esok paginya pukul 7 lebih, keluar sarapan roti jala kat Restoran Ubi Kayu. Pukul 8 lebih aku sampai kat UTM, carik pulak DSI kat mana. Aku baru tahu DSI tu Dewan Sri Iskandar kat sebelah pejabat Vice Chancellor.
Dewan Sri Iskandar: UTM JB |
Perhimpunan bulanan staf UTM |
Vice Chancellor UTM sedang memberikan taklimat Blue Ocean Strategy |
Blue Ocean Strategy untuk UTM: Kamera phone aku bila zoom dia terus blur |
Punya la panjang lebar VC UTM ni kasi ucapan, tapi okaylah jugak bagi aku. Banyak benda aku belajar terutamanya dari segi pengurusan. Pukul 9 lebih baru la perasmian LIMS dijalankan. Habis jer perasmian tu, tiba-tiba semua orang diminta untuk berdiri menyanyikan lagu. Aku pun diri jugaklah:
Sebenarnya aku tak berapa faham kenapa aku datang ke perhimpunan ni. Setakat menyaksikan je ke perasmian LIMS ni. Takde pulak dia cakap nama company yang membina sistem tu. Musykil..Lepas habis perasmian tu, aku terus dapat kol daripada pegawai eksekutif PHB yang in charge untuk projek VRMS ajak jumpa kat bilik dia. Aku pun memang takde apa-apa dalam jadual pagi tu, aku setuju jerlah. Tapi sebelum tu aku ada 2 tugasan kena buat. 1st aku kena tolong ambilkan jubah Ajak, mujur jugak aku kol kawan sekelas aku yang terjumpa aku dalam meeting hari tu, dia tolong tunjukkan aku tempat kat mana nak ambil jubah sambil-sambil bersembang sebab dah lama tak jumpa. Ke-2, jumpa pegawai tadbir kat CICT mintak sain untuk permohonan pinjaman syarikat.
Jubah Ajak: Saiz paling besar punya |
Habis semua urusan tu, barulah aku ke Unit Kenderaan PHB untuk meeting. Waktu tu belum pukul 11am lagi.
Pejabat PHB: Unit Kenderaan |
Pejabat Timbalan Naib Chancellor: Pejabat UPMU kat dalam ni |
Ruang menunggu Pejabat Timbalan Naib Chancellor |
Meeting bermula dekat jam 3pm. Aku tak expect pun meeting tu rupanya nak highlight benda-benda yang nak kena ubah dalam sistem LIMS tu. Aku tak berapa tahu sangat teknikal programming semua, jadinya aku ambik nota jer la apa yang diorang dah utarakan dan pertahankan apa yang telah dibina mewakili syarikat. Agak stress jugaklah sebab aku tak terlibat daripada awal dalam projek LIMS ni dan banyak benda aku tak tahu, tahu-tahu jer terpaksa mengambil alih tugasan daripada orang lain yang dah hampir setahun berkecimpung. At least VRMS aku memang terlibat secara langsung dalam proses perbincangan dan pembinaan sistem. Meeting habis lebih kurang 4.30pm.
Akibat daripada stress selepas meeting tadi tu, aku buat keputusan untuk lepak satu malam lagi memandangkan aku dah tak larat nak drive balik KL petang tu. Enjoy dulu satu malam kat Hotel Rose Cottage. Esok paginya terus check out dan makan makanan kegemaran aku dan isteri di Restoran Ubi Kayu, Roti Jala!! Memang roti jala terbaik dengan kari ayam dia..perghh!! Hilang semua stress..haha!!
Roti Jala di Restoran Ubi Kayu, Taman U, Skudai JB |
Bertolak pagi daripada JB, aku tiba di ofis jam 2.30pm. Sempat lagi aku buat keje sikit kat ofis sementara isteri aku tunggu dalam kereta. Asalnya diorang kat ofis tak kasi balik lagi, tapi aku dah letih drive semua aku buat selambe jer balik. Giler berani mati kan..haha..
0 komen