Wednesday, 23 May 2012

Makan Tengahari di Cafe Sasana Kijang

Encik Jay
First time aku dengar nama Sasana Kijang aku macam, amender tu? Kalau Google nama Sasana Kijang ni, baru la tahu rupanya ni Muzium dan Galeri kepunyaan Bank Negara Malaysia. Lokasinya boleh baca kat blog ni. Meh aku tunjuk gambar kat dalam Sasana Kijang ni tengok:

Batu perasmian Sasana Kijang: 14 September 2011

Masuk pintu utama, pusing kiri nampaklah Cafe Sasana punya sign

Cafe Sasana

Ruang open tempat makanan

Menu Cafe Sasana Kijang

Mari kiter tengok harga dia pulak
Kalau tengok kat list harga kat menu dia, makan kat Kenny Rogers lagi mahal wohhhh!!

Ruang makan kat Sasana Kijang

Bergambar kenangan bersama isteri. Rambut aku macho wooo..

Makanan dah sampai, bihun goreng istimewa. Memang sedap woo....

Cutlery di Sasana Kijang

Makanan aku dah sampai: Chicken Chop
Total belanja makan hari tu lebih kurang RM30. Sorang RM15 la kalau bayar sendiri-sendiri. So kalau berkesempatan berada di KL, dipersilakan datang ke sini. Datang makan sini jangan pakai selekeh-selekeh tau, mesti pakai smart-smart macam kerja korporat, baru la ada gaya makan High-Tea, betul tak?

Mari kita tengok kat sekeliling Cafe tu pulak.

KMC Sasana Kijang
Perghh..memang ekslusif dan kelas gituu..hotel pun tak macam ni. Ntah bila ntah aku nak dapat keje kat tempat macam ni..kuikuikui..

Siapa En Jay

Encik Jay / Author & Editor

JayHemSem ni cuma nama samaran ataupun nama pena macam penulis buku.

Bertugas sebagai seorang IT professional di sebuah syarikat perisian Bumiputra. Blog ini didaftarkan pada bulan Mac 2009 dan pada asalnya bertujuan sebagai coretan hidup dan perkongsian maklumat yang telah dikumpulkan untuk dikongsi bersama, kini blog ini menyajikan pelbagai jenis maklumat yang bermanfaat untuk anda semua.

Untuk menghubungi saya, anda boleh scan imej wajah saya di atas menggunakan FB Messenger anda atau email kepada saya di jayhemsem[at]gmail.com

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...