Menghadiri Temuduga Terbuka Yang Ke-2: Datacom Walk-In Interview May 2012

Akhirnya aku berjaya juga mengemaskinikan blog aku sehingga ke kisah pengalaman aku yang paling terkini. Minggu ni merupakan minggu ke-5 di bulan Mei dan minggu terakhir di bulan ini. Syarikat tempat aku berkhidmat sudah lewat memberikan pendapatan bulanan semua staf di syarikat. Sorang demi sorang staf di syarikat mula menghilangkan diri sejak beberapa minggu lalu. Aku pada mulanya masih boleh bertahan lagi akhirnya terpaksa menjadi pemandu kepada isteri aku. Aku kini tidak lagi ke pejabat dan hanya menghantar dan menjemput isteri aku. Sebenarnya keadaan aku takde la seteruk mana lagi kalau nak dibandingkan dengan rakan sepejabat yang lain. Rasanya nasib bos di syarikat tempat aku kerja jauh lebih teruk sebab terpaksa menanggung hutang dan saman. Tapi kini imej aku sebagai seorang 'Jay' sudah tercalar kerana terpaksa dibiayai oleh isteri aku sendiri.

Minggu ni jugak minggu dah masuk minggu ke-3 masih tiada lagi mana-mana syarikat yang aku dah buat permohonan kerja kat beberapa laman web portal kerja (Jobstreet, JobsDB, JenJobs, Monster dan agensi pekerjaan dsb) kol untuk sesi interview. Ini tak boleh jadi, memandangkan aku kini tidak lagi beroperasi di pejabat tetapi beroperasi di rumah, aku terjumpa satu lagi iklan Walk-In Interview di Jobstreet:

Iklan Walk-In Interview Datacom SouthEast Asia

Pada mulanya aku agak gementar jugak sebab nampak macam syarikat besar, kelayakan aku ni kecik jer, harapkan pengalaman jer pun. Aku beranikan diri jugaklah redah.

1 Tech Park di Bandar Utama

Tempat parking visitor 1 Tech Park Bandar Utama
Punya la susah nak carik parking kat tempat ni. Memang penuh kat tempat parking berbayar yang tak perlu bayar lagi. Tekan-tekan tiket tak keluar-keluar. Aku sampai kat sini jam 2.30pm.

Senarai syarikat di 1 Tech park Bandar Utama: Banyak Company IT rupanya kat sini.

Patutlah company IT, MSC Status punya tempat rupanya

Pejabat Datacom SouthEast Asia Tingkat 4

Papan Wall of Fame
Aku sampai-sampai jer kat receptionist, aku cakap la aku datang untuk walk-in interview. Receptionist tu boleh tanya aku balik ada appointment dengan siapa. Aku jawab balik kata aku tak tahu, aku datang ni main  datang jer sebab nak walk-in interview. Baru la dia kol person in charge, dia mintak aku turun tingkat 2. Aku pun turunlah ke tingkat 2. Tunggu sekejap, person in charge mintak aku masuk dalam bilik interview tanya-tanya sikit dan cerita sikit pasal apa kerja sebenarnya nak kena buat. Rupanya diorang tengah cari orang untuk buat support kepada P1. Aku pun okaykan aje lah. Person in charge tu pergi, datang orang lain pulak, dia kata dia dah tengok resume aku dan dia nak propose aku buat support untuk Microsoft. Dia boleh tanya aku pernah dengar tak nama Microsoft. Macam buat lawak pulak.

Posing di Datacom..aku ni jarang pakai tie sebenarnya

English Test
Person in-charge tu mintak aku isi borang dan jawab soalan English ni. Terasa macam nak masuk kolej pulak ambik exam English ni. Ada dekat setengah jam jugak kut aku jawab, ada 35 soalan semuanya. Aku harap aku score la test ni..haha..

Dah habis test English, aku ingatkan dah habis dah. Rupanya ada lagi satu test yang lagi mencabar minda. 

Test Support Microsoft
Soalan dia mula-mula nampak macam senang, sekali tu dia jadi makin susah pulak. Aku dah ler biasa guna Windows XP jer. Keluarnya soalan-soalan Windows Vista dengan Windows 7. Aku hentam jer la jawab apa yang aku tahu. Sistem test tu kasi masa 2 jam setengah, tapi kalau aku fikir lama-lama pun tak guna jugak. Aku habiskan dalam masa dalam 40 minit jer kut untuk test ni.


Test Tamat..fuhh lega..
Selesai test Microsoft support, ada lagi satu test pulak yang aku pun tak sangka.


Typing Test: Software Typing Master

Test Result Typing Test Aku
Hasil latihan bertahun-tahun dalam chatting, aku berjaya jugak menjadi expert level typist 49 Word Per Minute (WPM). Ni jer la test yang aku tahu keputusan dia. Kira okaylah tu kan?

Aku ingatkan dah habis dah sesi, rupanya ada lagi satu sesi interview dengan interviewer yang sebenar. Ni gambar dia curi daripada Facebook Datacom Malaysia:


Banyak jugak soalan dia tanya, macam apa jangka masa panjang aku, apa aku akan buat kalau customer marah lah dan lain-lain lagi. Tapi interviewer ni orang Australia jadinya kenalah cakap English. Habis jer interview, dia kata nanti dia akan kasi jawapan sama ada aku diterima kerja atau tak dalam masa sehari dua lagi. Waktu aku tulis blog ni dah hari ke-2 dah pun, masih belum dapat jawapan lagi jadinya aku tak pasti la sama ada aku berjaya atau tak. Tengoklah kalau esok diorang kol aku. Aku habis interview jam 5.15pm.

Sementara tu, aku masih lagi memburu lagi kerja lain kat luar sana. Jalan terakhir aku buat masa ni adalah dengan terjah agensi pekerjaan tapi itu pun kalau dah terdesak sangatlah. Apa pun, doakan aku dalam pencarian kerjaya baru aku. Sekian..

You Might Also Like

0 komen