Share Internet UniFi Antara Dua Buah Rumah

Benda penting selepas water heater shower adalah kemudahan internet. Aku pernah tulis pasal rumah aku (kini dah jadi rumah mak aku) masuk line UniFi (boleh baca di LINK NI).  Penting internet ni, takde internet  kat rumah boleh mati kutu woo... Jadi pada bulan Februari yang lalu, aku telah membeli satu alat WiFi jarak jauh. Ni rupa alat tu:

Alfa Long-Range USB Adaptor AWUS036NHR

Dalam box Alfa Long-Range USB Adaptor AWUS036NHR

Alfa Long-Range USB Adaptor sambung ke laptop
Alat ni aku beli harga dia RM140 kat sorang mamat di Facebook. Student lagi budak tu tapi dah rajin berniaga di internet. Tujuan asal, nak tarik WiFi daripada rumah mak aku ke rumah baru aku. Jarak rumah aku ke rumah mak aku dalam 600 meter jer pun, siap boleh nampak pintu pagar rumah mak aku lagi. Mulanya aku terfikir nak masukkan UniFi kat rumah aku, tapi itu dah menambahkan kos bulanan aku pulak, RM149 sebulan tu kalau kali dengan 12 bulan dah RM1,788 setahun. Jadinya untuk save kos ni, inilah timbulnya idea untuk buat projek sharing internet antara dua rumah.

Percubaan aku untuk guna tarik WiFi daripada rumah aku berjaya jugak, tapi tak berapa stabil, kejap ada kejap hilang. Memandangkan kat rumah aku, bukannya setakat laptop aku jer nak guna internet, laptop isteri aku, handphone aku dan jugak handphone isteri aku pun perlukan internet jugak. Jadinya aku pun beli satu lagi alat:

Alfa R36 3G Mobile Router

Belakang kotak Alfa R36 3G Mobile Router

Harga alat ni aku beli RM199, beli kat sorang mamat aku jumpa dalam Lelong.com.my. Siap pergi jumpa lagi kat Putrajaya sebab mamat yang Facebook tu dia balik cuti semester kat Perlis. Kalau tengok kat gambarajah belakang kotak tu, nampak macam simple jer tapi dia punya setting memang agak tricky jugak. Bila dah pasang, rupa-rupanya Wireless ni tak update lagi firmware dia dan tak compatible pulak dengan device USB AWUS036NHR yang aku dah beli awal hari tu. Aku dah gelabah dah time tu sebab dah spend beratus tapi takleh pakai la pulak. Terpaksalah search internet, download firmware tu pastu baru lah boleh pakai. Fuhh..lega. Oh yer, nak download firmware ke driver alat-alat aku beli ni boleh pergi kat LINK NI. Aku dah siap kumpulkan semua information kat dalam link tadi tu.


Setup WiFi di rumah baru aku
Gambar kat atas ni setup lama aku, cuma lekat jer kat cermin bilik store aku. Daripada tingkap ni jer dah boleh nampak rumah mak aku. BTW, rumah aku ni kat tingkat 6. Signal WiFi daripada rumah mak aku boleh tahan la strength dengan kualiti dia tapi kengkadang tak berapa stabil jugak. Nanti aku cerita macam mana proses aku test dan kasi improve connection antara rumah aku dengan rumah mak aku.

Wireless Router WiFi di rumah mak aku (TP-Link TL-WR542G)
Gambar kat atas ni gambar salah satu eksperimen aku untuk kasi connection WiFi antara dua rumah lagi stabil. Wireless router TP-Link TL-WR542G ni aku pakai dah 3 ke 4 tahun lebih umur dia, tapi kualiti radio WiFi dia lagi bagus daripada stock wireless router yang UniFi kasi. Banyak lagi percubaan aku untuk menstabilkan connection WiFi antara dua rumah, tapi aku akan update kemudianlah. Tapi apa pun, projek share internet UniFi antara dua rumah aku ni telah pun berjaya dilaksanakan.

You Might Also Like

4 komen

  1. Salam boss....
    Tolong imel kan saya mcm mana nak gunanya. .
    norisansb@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam boss....
    Tolong imel kan saya mcm mana nak gunanya. .
    norisansb@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tolong email cara nak setring dan guna di wmafendi@gmail.com. tq. Tq. Tq

    ReplyDelete