Mengendalikan Training Di UTM JB Secara Solo (Part 2)

Lupa nak cerita, time kat JPO petang tu boleh pulak pegawai eksekutif urusan kenderaan tu kol aku pastuh tanya pasal kerja. Terbantut kejap window shopping aku. Tapi dah client mintak untuk set appointment nak jumpa esok paginya, kena la setkan.

Esok paginya, pergi la tunggu client ni kat tempat yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Bila dia sampai jer, rupanya dia baru balik daripada hospital, bini dia bersalin dapat anak pompuan pukul 4 pagi. Dia kata dia tak sempat tido. Sepatutnya dia dah boleh bercuti, tapi dia dah janji nak uruskan training bersama jadi dia pun tunaikan janji dia jugaklah. Terfikir jugak aku, kalau aku berada di tempat dia apa aku akan buat? Aku rasa mungkin aku kena bertindak profesional jugaklah, takkan nak cancel semua benda semata-mata sebab nak jaga isteri yang sudah selesai bersalinkan?

Okay, kita teruskan dengan gambar-gambar yang sempat aku snap:

Di bilik training yang lebih besar
 Pada awalnya sikit jer hadirin yang datang. Cuba tengok gambar kat bawah ni:

Peserta VRMS Training untuk PTJ
Hampir 90 orang hadir kat bilik training ni sampai tak cukup kerusi, PC apatah lagi. Waktu tu semua yang terlibat dalam menguruskan latihan ni semua terkejut dan tak sangka pulak sambutan sebegini ramai. Rupanya baru diorang sedar yang iklan pengumuman untuk sesi latihan dipublishkan dalam UTM Online dan tak perlu daftar pun. Lebih daripada 10 orang ada kut yang terpaksa berpatah balik setelah melihat bilik latihan dah melimpah dengan peserta.

Wakil CICT memberikan ucapan ringkas
Memandangkan bilangan yang hadir terlalu ramai, wakil CICT telah membuat pengumuman untuk buat satu lagi sesi pada waktu petangnya. Aku kemudian meneruskan sesi taklimat ringkas bagi pihak syarikat di hadapan 80 peserta latihan ni sebelum membenarkan peserta untuk minum pagi:

Minum pagi sesi latihan VRMS
 Pegawai Eksekutif pengurusan kenderaan akhirnya setelah dia uruskan hal keluarganya.

Pegawai Eksekutif Unit Kenderaan UTM memberikan sesi latihan

Sesi soal jawab bersama peserta
Macam-macam soalan, komen dan kritikan daripada mereka yang hadir namun perlu dilayan dengan profesional..Chewahh..Habis jer sesi latihan, sesi makan tengahari.

Sesi Latihan VRMS sebelah petang
Sebelah petangnya, ada 6 orang jer yang datang. Tapi peserta tetap perlu diajar dah diorang dah datang. Dah habis sesi latihan tu baru la sesi perbincangan dengan pasukan senggaraan kenderaan pulak. Nasib baiklah pasukan senggeraan ni jenis yang tak banyak kerenah so senang sikit cerita. Cumanya diorang ni idea ambil masa yang panjang baru muncul. Memang mencabar kesabaran bagi mereka yang nak cepat.

Habis sudah training reservation VRMS di UTM JB. Yeahh!!!
Selepas ni kena buat sesi latihan di UTM Kuala Lumpur pulak. Yoshhh!!

You Might Also Like

1 komen

  1. aku sgt kagum dengan semangat ko J... tahniah ... :)

    ReplyDelete