Baby Ultrasound Scan di Klinik Bersalin PPUM

Pusat Perubatan Universiti Malaya dulunya dikenali sebagai Universiti Hospital. Pada tahun 1997, aku pernah berkampung di hospital ni sebab aku punya kes Lymphangioma yang pertama, waktu tu umur aku 16 tahun. Pada tahun aku nak berkahwin iaitu pada umur aku 28 tahun ataupun 12 tahun kemudian, aku sekali lagi dikerat kat leher untuk membuang Lymphangioma aku. Tapi tu semua citer lama, dah lama tak datang Universiti Hospital ni PPUM memang dah jauh berbeza lah berbanding zaman aku masuk wad dulu.

Citer banyak macam tak syiok pulak, meh tengok gambar pulak:

Ruang menunggu di tempat buat scan Ultrasound
Tempat menunggu dia menyediakan majalah-majalah zaman bila ntah. Macam kembali ke zaman silam pulak. Tapi yang bestnya waktu menunggu dia tak lama.

Acara scan ultrasound dimulakan
Dengan kecanggihan teknologi terkini, doktor cuma taip2, klik2 dah setel keje diorang. Kalau dulu siap buat nota bagai, sekarang ni semuanya dah simpan dalam komputer. Ada jugak la kertas dan fail tapi tu semua prosedur jer.

Mesin ultrasound scan Voluson 730. 
Aku try jugak Google mesin ni, jumpa website dia kat http://www.voluson730ultrasound.com. Rupanya mesin ni daripada California USA.


Scanning..scanning..scanning..
Syukur alhamdulillah, baby kami sihat.

Hello baby...
Tak tahu kenapa bila scan kali ni tak clear macam 1st pregnancy dulu. Tapi tak kisahlah, kos bayaran ditanggung beres oleh kerajaan. :-D

You Might Also Like

0 komen