Ahad, 13 Mei 2018

Menghadiri Event Google Cloud On Board KL 2018

Memandangkan saya telah pun menutup blog English saya dan fokus kepada blog Melayu sahaja, makanya saya kena membuat update blog ini.

Pada bulan lepas, saya telah menghadiri satu event kelolaan Google iaitu Google Cloud OnBoard KL 2018. Saya sememangnya peminat produk-produk Google jadinya memang saya tak lepaskan peluang untuk hadir ke acara ni. Event ini diadakan di Connexion Conference & Event Centre at Nexus yang mana ini kali pertama saya pergi ke lokasi tersebut.

Menariknya, tak sempat sehari selepas acara tersebut berakhir, Google Photos yang saya sync semua gambar-gambar serta video-video di handphone saya telah pun membuat video highlight daripada hasil upload. Memang superb produk-produk Google ini, tengoklah hasilnya:

Google Cloud OnBoard KL 2018 daripada Google Photos. KLIK DI SINI.

Connexion@Nexus
Lokasi acara ini mempunyai tempat letak kereta yang terhad (mungkin di section yang saya masuk, ada beberapa lagi section lain yang boleh park rasanya). Kalau ada apa-apa event, jangan lupa validate tiket untuk mendapat harga parking yang fixed kalau tak bersedialah untuk berbelanja belasan ringgit kalau parking lama-lama.

Saya di dalam Dewan ketika break selepas makan tengahari

Voucher kursus percuma daripada Google. (Kalau la saya masih muda..)

Antara Speaker di dalam Acara ini

Demo berkenaan Neural Network

Machine Learning

Training Manual (Online Version) bagi yang berminat

Kisah MUV: Sebuah syarikat yang mengendalikan penjualan kereta terpakai

Makanan tengahari yang telah di'tapau'kan oleh pihak penganjur..Sedap!!

Speaker sedang bercerita di atas pentas

Nama speaker yang mempunyai French accent ini

Certification yang disediakan oleh Goole

ChatBot daripada DiGi

GoJek daripada Indonesia juga menggunakan Google Cloud Platform

Antara pelanggan-pelanggan Google Cloud di seluruh dunia

Fakta menarik daripada Google Cloud

Gambar panorama ini di stitch oleh Google Photos..boleh cuba sendiri..

Matlamat Google serta 7 produk utama Google dengan pengguna berjumlah 1 billion pengguna

Ketua Bahagian Jualan Google Cloud di Malaysia 

Ketua Bahagian Jualan Google Cloud di Malaysia sedang memberikan ucapan

Sijil penyertaan dan T-shirt Google Cloud sebagai tanda penghargaan.

Banyak perkara saya dapat belajar daripada event ini. Kalau ada rezeki lagi di masa hadapan saya sudah semestinya akan turut serta lagi. Jangan lupa email subscribe ke blog JayHemSem ok?

Klik di sini untuk melihat album penuh acara ini.

Rabu, 25 April 2018

Kereta Tak Boleh Start? Bateriku.com Boleh Bantu Anda

Pada bulan Mac yang lepas, dalam kekalutan nak pergi ke pejabat dalam masa yang sama nak bawa anak saya yang demam, sesuatu yang tidak terduga berlaku. Dah siap kunci pintu pagar semua dah, sekali tu kereta tak boleh nak start pulak. Ternyata bateri kereta telah pun sampai tempoh hayatnya. Oleh itu terpaksalah diganti, nak ganti pulak nak kena buka bonet depan kereta, perlu ada ada spanar bersaiz 10 untuk buka nat pengikat bateri dan terpaksa berpanas.

Kita pulak dah pakai baju kerja, dah seterika baju semua, kalau berlaku pulak kejadian tak boleh start ni di tempat lain contohnya seperti di kedai makan atau yang lagi teruk di tengah-tengah jalan raya dalam jem, satu mimpi ngeri yang sangat-sangat ditakuti. Saya dah tak ingat di mana saya ternampak iklan Bateriku.com tapi search sahaja di Google, terus jumpa dan terus saya kol. Kurang daripada sejam, wakil mereka sampai di depan rumah.

Motosikal daripada pihak Bateriku.com

Brader installer Bateriku.com

Tukar bateri lama kepada yang baru

Trade-in bateri lama so dapat la bateri baru. Harga untuk bateri kereta Perodua Alza: RM185

Dah siap pasang bateri kereta baru dengan tarikh pemasangan dicatatkan atas bateri
Memandangkan saya tiada cash maka saya pun transfer pembayaran kepada no akaun brader installer yang datang tu. Resit saya dapat melalui email, memang proses penukaran bateri kereta dengan Bateriku.com sangat efisyen, mudah dan pantas.

Kalau kereta anda tidak boleh start dan anda saspek bateri anda adalah puncanya, hubungi sahaja pihak Bateriku.com untuk membantu anda.

**Saya tidak dibayar pun untuk buat review ni, saya cuma nak kongsikan pengalaman saya jer tau..

Jumaat, 6 April 2018

Kelas Online JayHemSem: Bagaimana Mengenalpasti Jenis Kulit Wajah Anda

Malam tadi saya telah mengadakan satu live kelas di FB. Di dalam online kelas tersebut saya telah menerangkan 5 jenis kulit wajah yang patut anda tahu dan bagaimana untuk mengetahuinya dengan hanya menggunakan 2 cara test yang sangat simple dan mudah.



Di dalam video di atas, saya ada menawarkan satu E-book percuma yang boleh di dapati menggunakan link di bawah:

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Melakukan Facial


Khamis, 22 Mac 2018

Menghadiri Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Segambut

Pada bulan Februari yang lepas, saya telah mendapat mesej WhatsApp seperti di bawah:

Assalamu'alaikum w.b.t... Salam Sejahtera dan Salam Negara Ku Malaysia.

Dengan hormatnya menjemput semua warga Segambut  hadir beramai-ramai bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga ke Karnival Kenduri 1 WP Parlimen Segambut. pada :-

Tarikh  :  25/2/2018 (Ahad).
Tempat : Taman Rekreasi Jln Jambu Golok Off Jalan Kuching (belakang BHP).
Masa  :  8.00 pagi.

YBM Tengku Adnan Tengku Mansor,  Menteri Wilayah Persekutuan dijangka tiba jam 10.30 pagi.

Pelbagai acara sukan akan berlangsung :-
1. Zumba / Senam Tari.
2. Cycle Hunt.
3. Sukaneka Kanak-kanak / Dewasa.
4. Pertandingan mewarna (TABIKA/TASKA)
5. Futsal.
6. Tarik Tali pelajar sekolah dan Dewasa.
Pendaftaran peserta acara sukan - jam 7.30 pagi.

Diadakan juga pelbagai Hadiah Cabutan Bertuah untuk dimenangi dan dibawa pulang. Antaranya ialah Basikal, TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, pelbagai  peralatan letrik dan banyak lagi. 
-Pendaftaran penyertaan Cabutan Bertuah seawal jam 8.00 pagi.

Minum pagi,  Jamuan Makan Tengah Hari (Kenduri Rakyat). Minum petang dan makanan bergoreng seperti keropok lekor / nugget / chicken wing dll disediakan.

Pameran Agensi Kerajaan :-
1.  MAWIP (Baitulmal). 
2. Jabatan Kesihatan DBKL.
3. Pusat Pungutan Zakat.
4. Bomba.
5. Angkatan Pertahanan Awam (JPAM). 
6. Kolej PICOM.
7. Giat MARA.
8. Polis DiRaja Malaysia (PDRM). 
9. Alam Flora & SW Corp.
10. KPDNKK.

Edaran Cermin Mata (Percuma)

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Mohon hebahkan kepada semua kawan-kawan dan rakan taulan.

Terima kasih .


Kebetulan pula taska anak saya pun turut serta dan boleh dapat jam kredit dan sangat dekat dengan kediaman kami. Jadinya kami sekeluarga pun pergi la. Ni sedutan FB live video yang sempat dirakamkan:

 
Cabaran di acara ini adalah pertamanya cuaca yang panas, keduanya anak saya buat kerja mewarna tak siap, dah la tak siap warnanya pulak memang macam conteng-conteng jer. Memang takde bakat mewarna atau melukis agaknya. YBM Tengku Adnan tak datang tapi dihadiri oleh timbalannya, apa pun makanan sarapan yang disediakan memang best dan sedap.

Cuma saya sekeluarga tak stay pun sampai makan tengahari dan balik awal jadinya tak tunggu la untuk acara penyampaian hadiah cabutan bertuah. Rasanya semua orang yang stay tu pun nak tunggu sama ada dapat cabutan bertuah ataupun tidak dan makan tengahari percuma. Apa pun aktiviti yang dianjurkan ini satu acara yang bagus dan memang dinanti-nantikan kemunculannya setiap tahun.

Khamis, 1 Mac 2018

Hari Keluarga ASWARA 2018 di IM4U Sentral Puchong

Pada 24 Februari yang lalu, telah diadakan Hari Keluarga ASWARA 2018 di IM4U Sentral, Puchong. Ini pertama kali saya menjejakkan kaki di IM4U Sentral ni dan pertama kali jugak sebenarnya dengar nama tempat ni. Mari kita lihat sedutan gambar-gambar yang saya sempat snap sebelum handphone saya dikebas oleh anak saya untuk mereka main game dan YouTube. Saya datang ni cuma nak tunjuk muka jer, satu acara pun saya tak join..wahaha..

Kompleks Sukan dan Pentadbiran IM4U Sentral

Laluan masuk utama IM4U Sentral

Bunting Hari Keluarga ASWARA 2018

Suasana di dewan gelanggang

Mari Berzumba Yo!

Berselfie di dewan gelanggang

Tonton Video..Goal!

Dataran iM4U..budak kecik 2 orang ni memang tak boleh duduk diam la

Hadiah-hadiah hamper yang disediakan

Suasana di depan dewan gelanggang

Selfie keluarga

Budak pantang nampak kamerafon

Keluarga paling sporting di Hari Keluarga ASWARA 2018

Menumpang glamer bersama keluarga paling sporting Hari Keluarga ASWARA 2018
Kita tengok pulak tahun depan macam mana, ok? Adioss..

Jumaat, 2 Februari 2018

Percutian Akhir Tahun 2017 ke Pulau Mutiara (Pulau Pinang)

Penang merupakan sebuah lokasi yang menjadi kegemaran saya dan isteri. Hampir setiap tahun kami akan menjejakkan kaki ke Penang sekurang-kurangnya sekali. Ianya juga merupakan sebuah tempat nostalgia saya yang mana saya telah menghabiskan masa untuk pengajian SPM saya selama 2 tahun di sini pada 20 tahun yang lepas. Sudah pastinta Pulau Pinang atau Pulau Mutiara ini mempunyai tempat yang istimewa di hati saya.

Apabila geng isteri saya telah membuat perancangan untuk membuat satu mini percutian ke Penang pada akhir tahun 2017, terus isteri saya yang tercinta tanpa berlengah lagi 'confirm' kehadiran kami sekeluarga. Kebetulan pula hari cuti pun ada lebih, memang perancangan perlu dilaksanakan dengan jayanya lah.

Destinasi Pertama..nampak tak?

Ini dia..Hameediyah Restaurant

Perghh..nasi dengan ayam taruk kuah..memang padu!!

Lupa..ada lauk kari lagi..syurga!

Suasana orang ramai beratur nak dapatkan nasi di sini

Kedai dia kecik jer jadinya barisan beratur memang akan sampai keluar kedai ler..

Bergambar dengan mural di dinding kedai

Selfie keluarga di Penang

Terserempak dengan kedai mainan la pulak..
TONTON VIDEO

Gelagat budak-budak dalam kedai mainan
TONTON VIDEO

Seronok la dapat mainan patung Buzz Lightyear Toy Story.
Mujur RM5 jer harga seketul.
*Tak sampai 12 jam kaki dah patah

Muka seronok dapat mainan

Minyak Yuyi gergasi

Beca-beca untuk sewaan

Henna Art RM5 jer

Penang Street Art: Lebuh Armenian

Selfie di Penang Street Art

Mencuba ais kepal berwarna.
Komen: lebih baik makan cendol atau ABC

Budak ligat..haiya..

Selfie bersama bini

Rombongan berehat sebentar di Armenian Park

Anak saya dengan patung mainan Woody tiruannya

Posing di hadapan Galeri Khat Gaya 1

Posing di hadapan Galeri Khat Gaya 2
Tiba-tiba ada orang besar sekali

Gambar panorama di Padang Kota Lama
Terima kasih kepada Google Photo yang berjaya mencantumkannya

Budak-budak main belon bubble besar
TONTON VIDEO

Budak besar pun main belon jugak
TONTON VIDEO

Bila ntah Penang Hot Air Balloon Fiesta ni

Gambar sekeluarga

Woody dengan Buzz Lightyear pun ada jugak bergambar

Dulu duduk 2 tahun kat Penang ni sekali pun tak pernah jejak Padang Kota ni..haha

Rumah krismas ni memang menarik perhatian budak-budak

Suasana di lobi Hotel Royal Penang

Pantang nampak katil la budak ni

Makan malam di D'Seafood Paradise, Teluk Tompayak Bayan Lepas

Punya la jauh makan tapi makanan dia best!

Suasana dalam D'Seafood Paradise

Suasana di persekitaran D'Seafood Paradise tepi laut
Balik je hotel lepas daripada makan, semua pengsan kepenatan..Zzzz

Sarapan di Hotel Royal Penang

Sarapan tak nak makanan Melayu, nak sarapan Mat Salleh kemain lagi
TONTON VIDEO

Panorama di Swimming Pool di tingkat 6

Keriangan di swimming pool
TONTON VIDEO

Bandar Georgetown daripada bilik hotel

Selfie di Hotel Royal Penang
Check out daripada hotel mesti la mau makan, pusing punya pusing baru la dapat jumpa parking. Jauh gak menapak nak pergi ke satu kedai yang famous ni.

Muka kekenyangan selepas hentam nasi kandar di Restoran Kapitan
Komen: Semalam di Hameediyah lagi charasss!

Dalam perjalanan pulang ke tempat parking kereta, terserempak pulak dengan tempat ni

WonderFood: bergambar jer..tak masuk pun

Kenangan indah di WonderFood. Tak timbang pulak berat badan sebelum dan selepas berapa..haha

Wisma Kastam, 110 tahun dah usianya
Dah kekenyangan, memang tak boleh buat apa la. Ngantuk giler, terpengsan kejap di area Batu Ferengghi. Destinasi seterusnya kena lalu Jambatan Kedua jadinya tak dapat la nak naik feri kegemaran saya.

Design Village Outlet di Bandar Cassia

Design Village Outlet di Bandar Cassia

Design Village Outlet di Bandar Cassia

Design Village Outlet di Bandar Cassia

Fountain air pancut di Design Village Outlet
Tak sempat nak tengok barang-barang kat DVO ni sebab:

Boleh pulak ada kedai mainan Toy World. Memang sangkut la kat sini
TONTON VIDEO

Dah jumpa mainan memang masuk ke alam lain ler
TONTON VIDEO
Begitulah percutian di hari terakhir tahun 2017. Semoga tahun 2018 ini akan lebih ceria lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih hebat dan seronok.




Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...