Pengalaman Mengajar Student Masters di UiTM Shah Alam

UiTM Shah Alam merupakan tempat di mana saya menamatkan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) pada tahun 2004. Saya sebenarnya sehingga sekarang masih belum mendapatkan ijazah sarjana atau dalam bahasa lainnya Degree di dalam apa-apa bidang. Pada tahun 2012 saya pernah mendaftarkan diri untuk mendapatkan 'Bachelor of Information Technology and Management with Honours' di Open University Malaysia (OUM) tetapi perjalanan terhenti 2 tahun kemudiannya.

Sebenarnya melanjutkan pengajian sangat mencabar apabila telah mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri oleh itu sekiranya anda masih belum mempunyai apa-apa komitmen, sila habiskan dengan segera apa sahaja kursus yang anda telah daftarkan diri anda supaya anda boleh gunakannya sebagai tiket untuk memasuki bidang yang anda telah pilih. Ketiadaan tiket ini sebenarnya boleh menyebabkan perjalanan anda di dalam bidang tersebut tertangguh atau menemui jalan buntu tetapi sebenarnya yang penting semangat juang anda mesti sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi.

Pada 18 Oktober 2018, saya telah mendapat peluang untuk memberikan kelas bagi menggantikan pensyarah di dalam bidang pengurusan fasiliti. Pelajar-pelajar tersebut mengikut kursus AP 779 Master of Science Facilities Management yang sedang mengikuti subjek BSB708 Computer Aided Facilities Management and Systems atau CAFM. UiTM Shah Alam sebenarnnya memiliki perisian CAFM yang diberikan nama CFMS yang dibekalkan oleh syarikat di tempat saya berkhidmat dan ini merupakan peluang yang berguna bagi memberikan 'marketing' dan juga berkongsi pengalaman kerja yang telah saya kumpul.

Kelas dijadualkan bermula jam 8.30am dan habis pada jam 11.30am iaitu selama lebih kurang 3 jam, saya sebenarnya menggelabah juga pada mulanya sebab ini merupakan pengalaman pertama memberikan kuliah seperti ini. Namun begitu, semuanya berjalan dengan lancar walaupun sebenarnya banyak lagi penambahbaikan yang sepatutnya boleh dilakukan. Apa pun, saya telah cuba yang terbaik dan daripada feedback pelajar yang hadir pada kelas yang ke-2 iaitu pada minggu ke-2 saya bersyukur jugak sebab mereka agak tertarik dengan subjek serta penyampaian yang telah saya berikan.

Terima kasih kepada isteri yang menghantar hadiah hari lahir saya ke ofis saya

Lecturer yang menjemput saya sedang memberikan briefing sebelum menyerahkan kelas kepada saya

Kelas Pertama: Sempat lagi nak berselfie sementara pasang video pengenalan kepada para pelajar

Sedutan kelas video yang sempat saya rakamkan

Kelas Kedua: Selfie lagi sekali


Suasana dalam kelas atau lab komputer di FSPU UiTM Shah Alam

Berselfie daripada belakang kelas sementara memberikan masa kepada pelajar untuk hands-on sistem online

Begitulah sedikit 'behind the scene' yang sempat saya rakamkan untuk pembaca blog JayHemSem.

Sekian, terima kasih.

You Might Also Like

0 komen