Menghadiri Azure Discovery Day 2.0 di Microsoft Malaysia
- December 30, 2018
- By Encik Jay
- 0 Comments
Saya ada terjumpa iklan pasal Azure di Facebook, terus register untuk datang ke even Azure Discovery Day 2.0. Rupanya 6 tahun lepas saya dah pernah pergi ke event kelolaan Microsoft dan waktu tu saya pergi belajar berkenaan Private Cloud. 6 tahun kemudian, public cloud sudah semakin popular terima kasih kepada Amazon Web Services (AWS) yang semakin diterima pakai oleh syarikat-syarikat enterprise di dunia masa kini.
Dahulunya AWS mendominasi dunia cloud computing dan meninggalkan kesemua pesaingnya di belakang. Microsoft Azure semakin merapati kedudukan AWS ketika ini disebabkan oleh penerimaan oleh pelanggan Microsoft yang sedang membuat aktiviti peralihan ke cloud tanpa perlu menukar penyedia perkhidmatan. Saya pernah cuba convert penggunaan laptop saya kepada Linux Ubuntu suatu ketika dahulu tetapi disebabkan oleh 'old habit die hard', saya telah kembali semula ke Microsoft Windows (Windows 10) disebabkan terdapat fungsi, cara penggunaan dan interface pada Linux yang tidak berapa kena dengan proses dan corak kerja saya.
Apa pun pilihan brand yang anda gunapakai, yang lebih penting sebenarnya adalah hasil yang dikeluarkan. Setiap brand atau servis ada kelebihan dan kekurangan oleh kerana itu, kita mempunyai kebebasan untuk menggunakan apa jenis servis yang ada diluar sana dan tidak terikat dengan hanya satu vendor sahaja. Cuba tanya diri anda, berapa handphone atau simkad yang ada sekarang ni?
Dah lama saya perasan ada satu bangunan yang mempunyai design yang agak unik di area KL Sentral, rupanya nama bangunan tersebut adalah Menara Shell. Parking di Menara Shell agak mahal juga, jadinya saya naik Grab je jadinya tak perlu nak risaukan pasal transport. Saya tak pasti bila Microsoft pindah daripada Menara di KLCC ke sini. Mungkin kemudahan yang ditawarkan di Menara Shell ni lebih menarik mungkin. Oh yer, lif di Menara Shell agak unik dan mengingatkan saya kepada sistem lif di Menara Kejuruteraan UiTM Shah Alam, sangat unik di mana kita perlu key in tingkat berapa yang kita akan pegi di panel control dan lihat lif yang mana yang anda perlu tunggu.
Bergambar di Banner Microsoft |
Papan tanda dah Old School..Masa depan adalah Light Projection Display |
Old School papan penunjuk arah |
Reception pejabat Microsoft Malaysia |
Booth pendaftaran Azure Discover Day 2.0 di Microsoft Malaysia |
Dah register kita sarapan dulu |
Rezeki makan jangan ditolak |
Dah macam high class cafe tempat makan pantry di Microsoft ni |
Deko di tempat ni sangat menarik..kelebihan untuk staf Microsoft Malaysia |
Shhh..event dah nak start. WiFi sila login sendiri.. |
Panel Microsoft sedang berikan penerangan mengenai Microsoft Learn |
Penerangan Azure IoT Central |
Transforming the Datacenter with Windows Server 2019 |
Kalau dulu skill dunia komputer sangat mahal. Sekarang ni dah percuma jer.. |
Event untuk developer di Singapore, ada sesiapa nak sponsor saya ke sana? |
Free gift dan minum petang |
Menara Shell bersebelahan KL Sentral |
0 komen