Jom Naik Buggy di Pustaka Raja Uda Seksyen 13 Shah Alam
- December 23, 2018
- By Encik Jay
- 0 Comments
Ada banyak aktiviti boleh dibuat di Shah Alam, sebenarnya banyak je tempat di sekitar anda yang anda boleh buat aktiviti bersama keluarga.
Sebagai contoh, Perpustakaan Raja Uda di Seksyen 13 menggalakkan pengunjung cilik untuk datang berkunjung dan mengambil kesempatan membaca dan menimba pengalaman belajar sambil bermain. Ketika saya berkunjung ke sana, tempat letak kereta mereka sedang di dalam pembinaan jadinya mereka telah sediakan Buggy Electric untuk mengambil dan menghantar para pengunjung pergi dan balik ke tempat letak kereta yang terletak dalam 300m daripada pintu masuk utama perpustakaan. Makanya, saya dan anak-anak pun ambil kesempatan yang terbaik ini untuk merasai sendiri naik buggy yang hanya golfers jer yang biasa naik ni. Yang bestnya, tiada sebarang bayaran dikenakan!
Tengok la muka keterujaan naik buggy budak ni |
Budak lagi sorang boleh selambe pulak duduk dengan orang lain dalam buggy, tak kenal pun.. |
Ni video story kat FB/Instagram sebenarnya tapi nak kena upload bagai semua, tak larat nak bikin..haha |
Jangan tertipu, sebenarnya baca buku ni pun setelah penat berlari ke sana-sini dalam perpustakaan ni. Tu pun baca buku komik Marvel dengan DC. :-D |
Baru 2 orang dah macam-macam kerenah. Buggy sampai lambat..Mujur bapaknya rileks jer..haha |
Baru la ada sikit sinyium dah dapat naik buggy lagi sekali |
0 komen