Menukar Tayar Kereta Perodua Viva Elite

Dalam blog aku ni, aku duk asyik bercerita pasal kereta Proton Wira aku jer. Belum pernah lagi aku menulis pasal kereta isteri aku yang aku kongsi bersama setelah aku jual kereta Proton Iswara Aeroback aku. Sebelum aku meneruskan penulisan, aku tunjuk kat korang takde selindung-selindung berapa kos untuk maintenance kereta Viva Elite sepanjang aku dan isteri aku guna sejak Mei tahun 2010.

Tarikh Item Jumlah (RM)
5/29/2010 Perodua Service Ipoh 144.95
7/3/2010 Perodua Service Segambut 82.85
10/16/2010 Perodua Service Segambut 258.10
1/2/2011 Perodua Service DC Auto 267.10
3/4/2011 Perodua Service DC Auto 165.10
5/9/2011 Insurance + Road Tax 936.00
9/10/2011 Perodua Service Segambut 252.30
12/31/2011 Perodua Service Segambut 131.45
Jumlah
2,237.85

Kalau tengok pada senarai di atas, secara purata la kereta Perodua Viva ni memerlukan kos tambahan sebanyak RM1000++ setahun. Kalau bahagikan lagi ikut bulan, kena spare lebih kurang RM85 la sebulan. Total mileage kereta Perodua Viva Elite aku dan isteri aku sekarang ni dah hampir mencecah 65,000km. Belum sampai 2 tahun lagi tu. Apa boleh buat, dah berjalan sejauh tu, tayar pun dah makin nipis dan tibalah masa untuk diganti. Kalau nak tahu tayar tu dah makin nipis ke belum, kat alur tayar tu ada satu petanda. Kalau sampai petanda tu, maksudnya tayar tu dah menghampiri botak. Kalau tak ganti nanti susah dan bahaya pulak kalau bawak jalan jauh-jauh. Kalau dah botak, lagi la teruk terutamanya kalau bawak waktu hujan. Aku dah survey dah tayar apa nak pakai, daripada pembacaan dan pandangan nasihat orang-orang di sekeliling aku, tayar Falken antara yang berpatutan harga dan senyap katanya.

Kebetulan pulak isteri aku ada terjumpa kedai tayar Falken di kawasan perindustrian di Batu Caves. So last weekend, pergi la ke kedai tu bertanya, buat runding harga dan terus tukar. Mulanya ingat nak tukar 2 biji jer sebab budget tak cukup, sekali kedai tu kata boleh trade-in tayar belakang. Aku tak tahu pulak boleh trade-in tayar sebelum ni. Alang-alang, tukar jer la semua. Meh aku tunjuk gambar sikit:

Tayar-tayar display
Kereta Viva Elite Oren sedang di adjust ke atas tempat servis
Admin kedai tengah buat pemeriksaan kat kereta
Tayar depan dah dibuka
Tayar depan belakang dah takde
Disc brake yang baru di servis di Perodua Segambut
Lupa nak cerita, yang bagusnya kalau guna kereta baru ni kalau ada apa-apa masalah kat kereta tu dan masih lagi dalam tempoh waranti, kita boleh komplen pada Perodua dan diorang akan periksa repair atau ganti komponen yang rosak tu. Setakat ni, dah 4 kali waranti komponen kereta Perodua Viva Elite ni dah claim. 1st dulu getah pelapik pintu sebelah driver, 2nd automatik transmission oil pan yang dah cross thread, 3rd skim disc brake sebab bila brek jer kereta gegar, 4th getah pelapik pintu sebelah driver (sekali lagi). 

Aku dan isteri sedang menunggu kereta siap
Alignment tayar Perodua Viva (RM20)
Alignment tayar amik dari jarak dekat sikit
Jumlah kos untuk tukar 4 tayar Falken, balancing tayar, 4 ketul tiub isi angin dan alignment semua sekali adalah RM622.40. Tapi takperlah, harap-harap 4 biji tayar ni boleh tahan sekurang-kurangnya lagi 2 tahun. Tayar ni pulak katanya ada waranti 5 tahun so okaylah kut kalau jadi apa-apa macam bengkak ke pecah ke, boleh tiaw kedai ni terus.

Kenapa macam lengang je bengkel ni?
Perasan tak kat kedai ni, time kitorang pergi ada kereta Viva kitorang jer yang ada dalam kedai tu. Aku jarang jumpa kedai tayar yang lengang macam kedai ni. Admin kedai tu siap lepak dengan kitorang, kasi buah limau mandarin kat kitorang, sembang-sembang semua. Ada free gift lagi kasi, satu lanyard dengan satu kalendar. Time kereta dah siap, siap temankan kitorang sampai kat kereta pastuh lambai tangan lagi time kitorang nak balik. Punyalah layan customer sampai macam tu sekali. Best kan? Kitorang kat dalam kereta tu dah tergelak dah tengok diorang. Tapi bagus jugak kalau semua kedai macam tu, at least kita pun happy dengan layanan dia jadi kita rasa macam nak pergi situ balik nanti. 

Okaylah, citer lain pulak la lepas ni..Assalamualaikum...

You Might Also Like

7 komen

  1. hi..nak tny..kedai ni kt mane...boleh bg alamat x?

    ReplyDelete
  2. admin ni nak citer jer...
    bukan nak share. Kalau nak share mesti dia tulis nama & alamat kedai

    ReplyDelete
  3. Kedai dia kat sini http://4sq.com/euytkH

    ReplyDelete
  4. salam peelapik getah pintu yang tuan claim tu utk msalah apa?bunyi angin masuk ka?tlg info saya 0193240121

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dia asyik terlorot keluar, bila bukak tutup pintu dia rosak pastu koyak. Dua kali tukar baru okay sampai sekarang.

      Delete
  5. salam peelapik getah pintu yang tuan claim tu utk msalah apa?bunyi angin masuk ka?tlg info saya 0193240121

    ReplyDelete
  6. oh..tima kasih tuan..tp masalah keta saya ada dgr bunyi angin masuk bila bawak melebihi 90km/j..sayu ja dengar..keta bapak saya hantam 150km/j pun still ok lg sound proofnya..kalau tuan ada info yang boleh dikongsikan pasal ni ok jgk

    ReplyDelete