Aku tengah lepak kat Chamek Kopitiam kat stesen Bas Larkin ni. Ada dekat 2 jam lagi baru bas Transnasional nak ke Kuantan akan sampai ke sini. Sepatutnya aku dah boleh balik KL dengan Fendi naik kereta Sorento kompeni punya, tapi kalau aku balik rumah pun bini aku takde sebab dia dalam perjalanan ke Kuantan sekarang ni dengan bapak dan mak mertua aku nak pergi melawat rumah abang ipar aku kat sana. Jadinya dah alang-alang gaji yang dah terlewat dekat 2 bulan dah masuk (aku kayaaa...tapi hutang pun banyak daaa), perlulah amik kesempatan ini untuk berjalan-jalan ke Kuantan yang dah berapa tahun lamanya aku tak pergi.
So, awal bulan yang lepas aku dah turun Johor Bahru, jadinya akhir bulan ni pun kena turun JB jugak la sebab projek tak habis lagi. Projek rasanya bulan 3 baru habis. Tak JayHemSem la kalau takde gambar dalam setiap blog post aku. So aku tunjuk slideshow gambar dulu, meh tengok:
Aku malas nak taip banyak-banyak citer kat dalam blog ni sebab ramai kengkawan lelaki aku bukannya nak baca pun. Diorang siap kata diorang kalau tengok (bukan baca sangat pun) blog suka tengok gambar jer. Tipikal lelaki la kalau diorang suka tengok gambar jer. Majoriti lelaki tergolong dalam kategori 'Visual' termasuklah aku. Kalau tak nampak, tak paham. Bila tak paham, tak guna la kan?
Tapi camner pun, aku tulis jugak la point2 penting dalam caption galeri gambar kat atas tu sebab aku tengah banyak masa ni. Pastuh aku senaraikan apa yg aku pelajari sepanjang trip aku ke JB ni:
- Member bawak kereta laju betul malam ke JB tu. Aku tengok dashboard 140-150km/h sampai aku nak tidur pun nervous (Aku ni bukannya speeder, aku bawak kereta rileks banyak). Gerak pukul 10pm, sampai kat JB pukul 1am, 3 jam jer beb!!
- Lepak kat Mutiara Hotel JB bilik suite yang besar dan luas. Memang syiok!! Tapi kalau ada bini lagi syiok!!! Hahaha..
- Tidur tak cukup sebab sampai hotel duk lepak dulu siap share internet dengan bebudak lain lagi melayari internet.
- Terkial-kial cari jalan balik daripada UTM Skudai ke hotel. Dah guna Google Maps pun, fail jugak tersasar.
- 1st time aku tengok Jalan Dhobi malam time sesat tu. Sebelum ni aku duk asyik dengar citer jer. Memang ada nampak orang-orang yg memberikan perkhidmatan malam tu.
- Sesi UAT esoknya aku rasa macam kantoi jugaklah sebab persediaan ntah hapa-hapa. Padahal dah berapa minggu dah tuh. Kena kerja kuat lagi lepas ni.
Okaylah, dah pukul 6pm dah ni. Aku nak kena pergi carik kat mana platform bas aku ni. Okaylah..gerak dulu..adios!!
1 komen
Ahaha sesat ke jumpa jalan dobi?ntah ntah memang tujuan ko g jln dobi buat buat sesat.ceitttt
ReplyDelete