Aku kini sedang mengambil satu cuti (berani mati) tanpa gaji atas sebab-sebab peribadi. Walaubagaimanapun, aku masih lagi mewakili syarikat untuk menghadiri seminar disebabkan seminar yang diadakan bukan untuk individu. Aku sebenarnya memang dah lama tertarik dengan teknologi-teknologi baru yang berada di pasaran. Untuk event kali ni, Microsoft Malaysia telah menjemput aku untuk menghadiri satu event "Microsoft TechDays Best of MMS 2012 on 5th June @ Microsoft Auditorium". Memandangkan aku mempunyai banyak masa terluang, aku pun pergilah meluangkan masa menghadiri event ni.
| Lobi Menara 2 Petronas |
| Kad pelawat aku |
| Office Microsoft Malaysia, Tingkat 29, Menara 2 Petronas KLCC |
| Petunjuk ke event Best of Microsoft Management Summit 2012 |
| Banner Microsoft Tech-Days Malaysia |
| Kaunter Pendaftaran |
| Microsoft Wall of Fame (Malaysia) - Aku tak berapa faham wall ni, tapi aku rasa dia letak senarai mereka-mereka yang hebat dalam Sales Microsoft ni |
| Hadirin yang datang dan syarikat IT Training yang bukan booth promosi mereka |
| Pemandangan luar tingkap daripada Tingkat 29 Menara 2 Petronas KLCC |
| Acara bermula jam 10.30 pagi |
| Slide yang menunjukkan evolusi data center; Virtualization sedang menular dengan pesat dalam industri data center |
| Slide ciri-ciri Microsoft Windows Server 2012 |
| Borang maklumbalas acara hari ini |
| Raymond Chou, Managing Principal Consultant, Redynamics Asia memberikan ucapan |
| Suria KLCC: Tempat menarik bagi kaum wanita |
Apa pun, event ni best dan aku telah membawa balik pelbagai brochure, beg kertas serta beg kain. Itu antara satu lagi sebab kenapa aku suka pergi event-event ni, banyak benda-benda free untuk dibawa pulang.
0 komen