Mesin Pemeriksaan Kesihatan Ajaib Dari Germany (Mungkin China kut)

Salah seorang sepupu aku baru aje keluar daripada wad Hospital KPJ Tawakkal. Sebabnya..doktor sendiri pun tak dapat nak kenalpasti. Katanya ada satu ketika dahulu, sepupu aku ni jatuh dalam bilik air dan terhentak di kepala, dia tak bagitahu sapa-sapa pasal hal ni kecuali abang dia. Agaknya biasalah kan, lelaki ni kalau setakat perkara kecik camtu takkan nak bercerita kat orang, tak macho la kan? Pada suatu hari, dia tengah baring-baring, tiba-tiba dia kejang satu badan. Nasib baik kebetulan abang dia ada kat rumah, terus dibawanya ke klinik kut. Cerita selepas tu aku tak berapa tahu sangat sebab aku dengar cerita ni pun daripada mak aku jer.

Memandangkan mak sepupu aku tu berada di rumah salah seorang anaknya terletak di Taman Melati, aku dan mak aku pun pergilah melawat nak tengok orang yang kurang sihat. Sampai-sampai aje di rumah mereka, aku ternampak seorang pakcik dengan laptop di depan dia. Sepupu aku waktu tu duk terbaring depan dia. Semua yang lain berkerumun di sekeliling pakcik tu. Aku pun dengar ajelah pakcik tu membuat ulasan mengenai analisa laporan yang tertera di skrin laptop dia. Aku malas nak tulis banyak-banyak, antara ayat yang pakcik tu cakap:

  1. Alat ni teknologi canggih dari jerman ni, baru je dapat
  2. Ada Prof Madya yang pakcik periksa pun tak tahu dia ada penyakit lain
  3. Pakcik sebenarnya tak suka panggil barang pakcik bawak ni ubat, sebenarnya lebih sesuai dipanggil supplement.
  4. Sebenarnya darah adik ni pekat ni, adik ni kurang supplement
  5. Pakcik sarankan ambillah supplement untuk cairkan darah adik ni. Kalau tak ambil daripada pakcik, ambillah supplement yang syarikat lain jual macam spirulina dsb..
Awalnya aku pelik jugak, takkan ler periksa kat hospital swasta bayar riban-riban dengan segala teknologi dunia perubatan moden  macam X-Ray, MRI, CT Scan semuanya tak tahu apa punca penyakit, sekali tu periksa guna satu alat dalam briefcase sambung dekat laptop, boleh keluar satu keputusan kesihatan yang komprehensif pada harga cuma RM30. Aku terlupa pulak nak mintak copy laporan kesihatan tu (boleh ambik copy laporan komprehensif tu masuk dalam pendrive). Meh aku tunjuk gambar sikit:


Pakcik sedang membuat analisa kesihatan keseluruhan kat mak aku
Aku tak sempat tengok proses yang sepupu aku kena lalui, kebetulan mak aku pun berminat jugak nak cuba so dia pun bayar la RM30. Aku pun ambiklah gambar sikit. Proses dia sangat mudah, genggam jer alat sensor yang ada lampu tu. Tak payah balut lengan ke ambik darah ke, semua mesin ni boleh detect punya.

Satu software canggih (auta je lebih) sedang membuat analisis dalaman yang sangat kompleks

Zoom sikit: Aura badan sedang dicapture oleh software yang dihasilkan daripada Jerman

Dashboard pemeriksaan masih lagi memproses

Lagi berapa minit lagi..

Alat sensor dalam genggaman

Aku sebenarnya kagum jugak dengan pakcik ni, dia macam tahu jer apa nak cakap. Dia baca keputusan kat laptop tu, contoh macam markah untuk kardiovaskular dia kata macam score rendah, dia akan tanya "Adik ni ada darah gemuruh ke?", pesakit ni akan jawab la "Takde", dia pusing pulak soalan tu dan berjaya membuat pesakit tu percaya pada markah tadi tu. Menariknya, keputusan yang tertulis dalam software tu ada jugak markah untuk 'Mental Power'. Pesakit tadi macam pelik la kan, aku dulu score gila-gila punya waktu SPM dengan Universiti dan sekarang ni kerja kat Multi-National Company boleh alat tu kata mental power aku rendah? Pakcik tu rileks jer jawab, "Itu dulu..ini sekarang..adik ada macam rasa pening-pening atau stress-stress tak baru-baru ni?". Pesakit mengangguk..Hebat kan?

Ubat Supplement ni berharga RM190 ada 6 botol jer dalam kotak ni

Syarikat yang jual supplement ni namanya Era Quorum Global Sdn Bhd

Bila bukak website syarikat ni, tengok macam separuh siap jer. Boleh percaya ke ni?

You Might Also Like

1 komen

  1. Pergh kena caj duit... Kitorang cek mcmni free je...hihi

    ReplyDelete