Entri kali ni aku rasa paling banyak gambar aku letak so bersedia la untuk skrol mouse tu lebih sikit ye? Awal bulan ni, adik lelaki aku telah dipanggil untuk mendaftar di Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang. Kursus yang ditawarkan adalah Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Aku sebenarnya tak faham macam mana adik aku yang sepanjang dia duduk melepak kat rumah selepas SPM asyik, mengadap PC tengok Youtube, komik dan game boleh berminat dalam teknologi makmal perubatan. Kalau berminat dengan IT ke game ke aku boleh percaya jugak. Tengok jer la nanti.
Untuk trip ke Pulau Pinang ni, aku dan isteri telah 'trade' kereta kecik dan comel Viva kami kepada kereta Honda Stream milik kakak ipar dan abang ipar aku. Bagusnya kereta Honda Stream yang kitorang pinjam tu ada kotak letak barang THULE kat atas MPV ni. Mungkin nanti kalau keluarga aku dah semakin ramai, aku ingat nak pasang jugak la kut untuk Perodua Viva kitorang. Tapi macam kelakarlah pulak kereta kecik ada kotak kat atas. Agak-agak kalau corner lipat boleh tergolek tak?
Okaylah, masa untuk tunjuk gambar-gambar pulak:
Kereta Honda Stream pinjam yang dah siap letak barang-barang semua |
Pintu besar masuk ke UiTM Penang |
Bangunan utama UiTM Penang |
Laluan ke kolej asrama pelajar |
Parking kereta di kawasan lapang depan kolej. Masjid terletak 100m kat depan. |
Depan kawasan lapang ni rupanya perpustakaan. |
Bapa mertua, mak aku dan adik aku bertanyakan pegawai kadet polis yang bertugas |
Kolej sebelah Kolej Zamrud |
Kolej Zamrud |
Kolej Zamrud punya papan tanda |
Adik aku pergi amik kunci bilik |
Barang-barang keperluan yg dijual waktu pendaftaran pelajar |
Pemandangan (kiri) dari bilik kolej Zamrud di tingkat 2 |
Pemandangan (kanan) dari bilik kolej Zamrud di tingkat 2 |
Senior MDS memberikan briefing kepada ibu bapa dan pelajar baru |
Tempat mandi di tingkat 2 Kolej Zamrud |
Tempat mandi shower di tingkat 2 Kolej Zamrud |
Tempat gosok gigi di tingkat 2 Kolej Zamrud |
Tempat sidai kain baju di tingkat 2 Kolej Zamrud |
Pemandangan dalam bilik di Kolej Zamrud |
Lif di Kolej Zamrud |
Koperasi Kolej Zamrud |
Dobi syilling |
Kawasan lapang depan kolej |
Kawasan lapang depan masjid yang ditukarkan menjadi tapak ekspo |
2 kipas siling gergasi di masjid UiTM Pulau Pinang |
Di tengah-tengah kipas tu tertulis nama syarikat Empayar Harmoni Sdn Bhd |
Rupa-rupanya memang ada kontrak pembekalan kipas siling gergasi ni. Butirannya boleh dibaca di SINI. Bukan budak-budak yang datang jer teruja tengok kipas siling gergasi ni, aku pun teruja jugak. Ada lagi ke masjid atau tempat-tempat lain yang pasang kipas gergasi ni?
3 komen
Adik u junior I. Tapi I dah final year sekarang nie..
ReplyDeleteK x stdy kat cni..?
ReplyDeleteKo tanya aku mmg ok jer study UiTM mana2 pun..UiTM Dihatiku...
Delete