Menjenguk Nenek Di Kota Sarang Semut

Memandangkan dah sampai ke Pulau Pinang, famili aku mengambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah sanak saudara terutamanya di Kedah. Rumah pertama yang dituju adalah rumah nenek aku (sebelah mak). Nenek aku memang umurnya sangat panjang, kalau tak salah aku dah lebih 80 tahun, lebih kurang sama dengan datuk aku (sebelah bapa). Rupa-rupanya nenek aku dan datuk aku ni ada pertalian saudara.


Rumah nenek aku yang disayangi

Isteri, nenek, bapa mertua, nenek saudara dan mak mertua

Mesti kena interframe jugak

Bapa mertua aku melihat-lihat bajak yang ditinggalkan berdekatan rumah nenek

Time ni kereta pinjam baru jer lepas daripada tersangkut dalam selut ni

Bapa mertua aku yang drive keluarkan kereta daripada lumpur,
aku memang tabik spring kat bapa mertua aku ni,
 memang dia terer bab-bab menyelesaikan masalah kalau kereta sangkut ni.
Cuba tengok Video Ni
Sebenarnya aku kesian jugak tengok nenek aku ni, dah lah mata pun dah tak nampak, tinggal sorang-sorang,  adik dia yang tinggal kat rumah sebelah duk asyik mengharapkan kakak dia pulak. Dah puas famili aku pujuk nenek aku supaya tinggal jer dengan anak-anak, tapi dia berdegil jugak nak tinggal kat rumah dia sendiri. Tak lama pun kami singgah, petang tu kami dah bertolak nak berkunjung ke rumah kakak sulong mak aku tak jauh dari sini. Singgah dulu beli barang nak masak makan malam sekejap.

Pasar kampung di tepi jalan: Pukul 7pm pun diorang masih lagi berniaga

Macam pasar tani, semua barang-barang basah ada

Macam-macam jenis ikan ada...best betul..

Selepas berkunjung ke rumah kakak, makan malam semua, kami bertolak kembali ke Ipoh. Satu trip yang sangat letih tetapi sangat menarik.

You Might Also Like

1 komen

  1. aku pernah gak smpai sarang semut ni. mula2 mcm pelik, mcm nama kuih raya lak. family angkat aku kt kota kuala muda. ummm sama macam mak aku la beb. bezanya mak aku gagah lagi la. tp riso gak kan, mmg la ada org dekat rumah,tapi time malam beb, sapa je yg bleh diharapkan. kompom2 la tak dgr kalau jadi apa2 kan...ni mak aku nk balik dah hujung bulan ni, sedeihlak aku...

    ReplyDelete