Bila dah lama tak berblogging ni, terus lenyap dia punya momentum nak menulis. Pastu nak catch-up balik semua benda yang nak tulis dah menggelabah dah. Dua minggu selepas kejadian kereta rosak tu, aku kembali semula ke UTM JB. Dah habis training semua, daripada 3 orang yang datang 2 orang balik KL awal sehari. Memandangkan yang sorang tu nak kena guna kereta untuk bergerak dari hotel ke kampus, 2 orang yang kena balik tu termasuk aku terpaksalah balik naik bas. Tapi okaylah kan, daripada nak kena drive sendiri, best lagi naik bas, boleh rileks.
| Kaunter beli tiket bas di Skudai |
| Tiket bas JB-KL |
| Pandangan luar daripada tingkat atas bas |
| Takde orang sangat pun dalam bas ni |
| Bas tiba di plaza tol Highway PLUS Skudai |
| JPO.. |
| Nampak tak ada satu kepala kat tiang tu, dia tengah tembak speed trap. Time ni dekat nak sampai Simpang Renggam. Jaga-jaga!! |
0 komen