Bulan lepas, isteri aku yang tercinta akhirnya telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Lokasinya di tengah-tengah Bandaraya sesak Kuala Lumpur berdekatan dengan Chow Kit. Atas sebab-sebab logistik, aku terpaksa membuat keputusan untuk membeli kereta kedua. Kalau dulu boleh la berkongsi kereta, tapi kini dah tak boleh lagi. Terasa rugi pulak tahun lepas aku pergi jual kereta Iswara aku tu. Tapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. Setelah 2 minggu bertafakur, berfikir dan melihat apa pilihan yang ada. Berikut adalah spesifikasi dan kriteria yang sesuai untuk aku.
Budget | RM10 - 15k |
Ciri-Ciri |
|
Kereta yang dikenalpasti |
|
Akhirnya setelah membuat analisis secara mendalam, aku akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan sebuah Proton Wira Sedan 1.5 GLi (A) tahun 1999. Sebenarnya kalau boleh aku nak amik dan try kereta Honda tapi bila pikirkan spare part dengan maintenance kereta lama ni, better go for yang paling bersepah spare part nya.
Aku hanya sempat pergi tengok kat kedai menjual kereta terpakai kat Puncak Jalil dengan Selayang Auto City jer. Kedai kat Puncak Jalil janji nak kol balik nak tunjuk Kereta Proton Wira Sedan 1.6 Auto, tapi tak kol-kol pun. Kat Selayang pulak jumpa la dengan sorang apek salesman jual kereta yang petah berkata-kata. Tapi dia pandai cakap jer, kata-kata manis dikeluarkan bagi memikat hati aku tapi aku malas nak layan sangat sebab kereta kat Selayang Auto tu mahal harga dia. Jauh beza harga kat Selayang dengan harga tengok dalam Mudah. Selebihnya aku just tengok kat Mudah.my jer. Banyak jugak aku dah favouritekan kereta dalam Mudah.my tu, tapi last-last aku call tanya kat sorang pakcik yang aku pernah jual kereta Mitsubishi Storm kepunyaan arwah bapak aku dulu. Dia kata dia ada stok satu kereta Proton Wira Sedan yang memang ikut spec yang aku nak. Aku pun buatlah appointment dengan dia untuk pergi tengok kereta tu pada hujung minggu.
Sampai kat kedai tempat Encik Din tu, dia pun tunjuk la kereta Proton Wira Sedan yang ada dalam simpanan dia:
No plet di blur kan atas sebab privacy |
Interior dalam Proton Wira 1.5 GLi (Auto) |
Nego sikit dengan En Din, last-last dapat la harga RM11k siap on the road semua. Seminggu kemudian, setel tukar nama, insuran dengan bayaran semua, bawak la balik kereta ni.
Proton Wira Sedan 1.5 GLi (Auto) Saloon tahun 1999 warna Maroon |
Jom kita tengok enjin dia pulak:
Enjin compartment Proton Wira 1.5 GLi (Enjin 4G15) |
Daripada enjin karburettor time Iswara dulu ke enjin Elektronik Fuel Injection EFI ni memang ada perbezaannya. Kalau dulu guna mekanikal jer time nak timing minyak semua, kali ni kena guna komputer pulak nak tuning. Duit pun sudah semestinya kena lebih, kata canggih kan? (Walaupun dah lebih 10 tahun dah kereta ni..sungguh the ketinggalan..haha..). Kononnya nak kereta standard, tapi cuba korang tengok exhaust manifold kat enjin tu, owner lama dah pergi tukar kepada aftermarket punya 4-2-1 punya flow ekzos design. Berdasarkan apa yang aku baca, benda ni boleh increase HP sebanyak 10%. Lantaklah, janji kereta boleh jalan, aku boleh pergi kerja.
Ni gambar enjin daripada angle lain pulak:
Kompartment Enjin Proton Wira |
Dashboard Proton Wira 1.5 GLi (A) |
Dah testing-testing, baru ler tahu ada benda-benda lain yang dah rosak sebenarnya. Benda penting pulak tu, meter temperature dengan meter mileage. Camner aku nak tahu suhu engine kereta, kang ter'over heat' tengah jalan jem tak pasal-pasal kena overhaul pulak. Meter mileage pulak camner aku nak tahu bila masa aku nak kena servis. Sebulan dah ler mileage aku purata 1,800 - 2,200km. Setiap 5,000km dah nak kena servis minyak hitam. So, aku pun pergi ler tukar:
Meter Dashboard Proton Wira kena bukak |
Meter Mileage dan meter minyak/temperature baru |
Dah habis RM450, pergi pulak tuning enjin sebab enjin rasa macam 'hunting'. Hunting ni maksudnya time tak bergerak, meter RPM tu kejap naik kejap turun. Paling ketara adalah RPM kat bawah tanda 1 pastu ada la 2-3 kali enjin mati sebab loading enjin tinggi. Kata kereta Elektronic Fuel Injection (EFI), canggih manggih, so kena la guna komputer nak buat diagnostik untuk kasi adjust:
Mekanik bengkel pasang komputer nak access komputer kat kereta |
Komputer tuning enjin Proton Wira GLi Fuel Injection |
Seterusnya, servis pulak wheel alignment dengan balancing:
Alignment dan wheel balancing |
Ingatkan dah habis drama repair kereta, baru 2-3 hari jalan. Air-cond pulak buat hal. Ada bunyi pelik kat tempat enjin macam ada benda jem pastuh air-cond dah tak sejuk. Hantar pulak repair air-cond kat tempat ganti meter hari tu (kedai tu aku dah kenal tokey dia jadi dia takde la ketuk sangat):
Servis air-cond |
Blower box dengan evaporator air cond yang kotor |
Cover seat Recaro tuuu... |
Ganti karpet busuk dengan karpet PVC Coil baru |
Radio lama jenama Perodua |
Radio baru MP3 Player jenama China marii.. |
Bil datang..RM815!!! Aiyak!!
Ni total breakdown untuk repair selepas pembelian kereta:
1 Speed Meter 195.00
2 Oil & Temperation Meter 185.00
3 Signal Lamp 20.00
4 Alarm Siren 50.00
Sub-Total RM 450.00
1 EFI Tuning 45.00
2 Wheel Balancing 20.00
3 Alignment (Front&Rear) 35.00
4 Camber Adjustment 25.00
5 Front Engine Mounting 55.00
6 Rear Engine Mounting 45.00
7 Crossmember Engine 95.00
8 Labour Charge 30.00
Sub-Total RM 350.00
1 Car USB MP3 player 160.00
1 Air-Cond Service 45.00
2 Air-Cond Belt 20.00
3 Valve (Japan) 65.00
4 Air-Cond Bearing 45.00
5 Receiver Dryer 55.00
6 Vacuum, Refill Gas & Top Up Compressor Oil 65.00
7 Labour Charge for Installing Car Player 20.00
8 1 Set PVC Coil Mat 150.00
9 Recaro Seat Cover 220.00
10 (6x9) Rear Speaker 130.00
Sub-Total RM 815.00
Repair Grand Total RM 1,775.00
Repair + Kereta RM 12,775.00 (kira okay lagi la kan still dalam budget)
Dah la tu, letih tengok costing-costing ni. Jom balik rumah dan rehat:
Sampai pun kat rumah dengan kereta yang dah siap repair |
Harga kereta Proton baru tatkala dulu (Versi Auto RM50k tu on the road) |
Ni spec engine detail untuk:
PROTON WIRA 1.5 GLi STANDARD SPECIFICATION (ENGINE)
1.5GLi
5-speed MT (F5M21) / 3-speed AT (F3A21)
4G15P SOHC
Multi Point Injection (MPI) Fuel System
Max output : 89 bhp (66 kW; 90 PS) @ 6,000 rpm
Max torque : 126 N·m (93 ft·lbf) @ 3,000 rpm
Max speed : 174 km/h (108 mph) (manual); 165 km/h (103 mph) (automatic)
4G15P SOHC
Multi Point Injection (MPI) Fuel System
Max output : 89 bhp (66 kW; 90 PS) @ 6,000 rpm
Max torque : 126 N·m (93 ft·lbf) @ 3,000 rpm
Max speed : 174 km/h (108 mph) (manual); 165 km/h (103 mph) (automatic)
Fuel Consumption : 10.5km/l – 13km/l
Sebut pasal Fuel Consumption (FC), setakat 3 minggu aku dah guna kereta ni, redah jem, masuk highway, pergi balik kerja minyak full tank dalam RM60, maksimum kilometer boleh pergi sebelum isi minyak full tank balik adalah 415km. Guna kalkulator untuk kiraan penggunaan minyak, 1km lebih kurang RM0.15. Kira okay la tu kan? FC ni tertakluk pada kaki sendiri jugak, kalau kaki jenis suka tekan jer pastu kaw-kaw brake dengan aircond full blast lagi, FC memang tinggi la.
Aku ni jenis yg tekan minyak ala-ala kadar tapi bila laju kat highway maintain momentum dengan air-cond low (letak air-cond low pun dah sejuk kereta Wira ni). Aku tak berapa suka sangat tengok berapa top speed kereta ni sebab bagi aku tu semua tak penting. Yang penting jimat, selesa dan best! Setakat ni, ketiga-tiga kriteria dah tercapai.
Ni kereta idaman aku:
Toyota Prius (Hybrid Technology) |
Kalau guna kereta ni gerenti jimat minyak tak ingat. Dulu time mula-mula kereta ni keluar, semua orang kata kereta ni design buruk. Tapi lelama selepas orang semua dah absorb design ni, diorang kata nampak cantik pulak termasuklah aku. Haha..
Okaylah, cukup la setakat ni aku menulis. Dah panjang berjela pulak aku bercerita pasal pengalaman aku beli kereta terpakai ni. 2 minggu pulak tu baru aku post entri ni. Kalau ada benda aku nak cerita nanti, aku tambah la..Adios!!
9 komen
to tell the truth bro.....dlm bulan 3 taun ni x slh...tuning engine computer tu die charge rm15 je...tp kat kemaman la
ReplyDeleteenjin 4g91 AT
bro....nak tanya sikit...bro pergi tuning engine kat kedai mana??? boleh tak bagi tau location??
ReplyDeleteCuba check kat link ni bro https://foursquare.com/venue/15602907 dekat dgn rumah aku jer bengkel ni..
ReplyDeletetq bro...so kedai ini ada device untuk buat tuning la???kedai ni boleh repair ecu tak....saya ada problem sikit dgn ecu saya ....bila plug in tak boleh nak detect so tak boleh tuning la...
ReplyDeleteECU tu tak tahu la pulak aku..kena try tanya la kut kedai tu. Tak boleh detect tu byk sebab yg tak boleh, kabel rosak pun tak dapat detect. Nak senang, pergi terus Proton servis, ori terus..haha..
ReplyDeletesalam..bro beli kete nih kat kedai mana ek? tq..
ReplyDeleteboleh tau kat area mana service.. sebab saya nak adjust timing kereta kena guna komputer..
ReplyDeleteada x sape2 nk beli kereta kenari manual tahun 2002..aku nk jual dalam 8000 je.. harga boleh runding.
ReplyDeleteade sape2 x nak bli wira se thun 2007...kaler maroon.boleh contact 0194000324
ReplyDelete