Tukar Astro B.Yond PVR Kepada Astro Ultra Box

Saya sebenarnya bukan pelanggan Astro tetapi saya seorang penonton TV Astro. Jadinya apabila PVR Astro yang dah digunapakai beberapa tahun (mungkin dah tamat kontrak sebab dah takde waranti dah pun) dah tak boleh nak rekod lagi mungkin disebabkan hard disknya dah nak kong dan yang terkini nak on pun ambil masa 5 min, ini telah menyebabkan kemarahan kepada penonton ini.

Nak panggil Astro datang tengok kena cas RM60 untuk datang tengok, belum kos repair lagi. Entah macam mana tiba-tiba Astro pulak keluarkan pakej promosi terbarunya iaitu Astro Ultra Box, memang isteri dengan pantasnya terus memberikan cadangan untuk upgrade. Saya tak tahu berapa lama isteri saya deal dengan ejen Astro untuk pakej Astro tu sebab sebelum tu kitorang duk tengok pakej-pakej yang ada bundle sekali dengan Maxis internet. Sekali tu pakej bundle internet tu macam tak boleh pulak, jadinya kitorang decide proceed jer la ambil Astro Ultra Box.

Satu hal pulak pasal installation, appointment weekend pulak semua penuh dah nak kena set hari kerja. Mujur kebetulan saya ada sedikit masa time-off selepas appointment meeting dengan prospek sebelum sambung meeting seterusnya di Jalan Raja Laut, KL.


Gambar kat atas ni selepas dah pasang, Astro Ultra Box tu tengah download software update. Sebenarnya lagi baik kalau device UniFi tu berada sebelah atau dekat dengan Ultra Box tu, dia punya sedut internet tu kalau internet lagi laju lagi baik. Kalau guna kabel LAN lagi bagus, WiFi ni lagi-lagi kalau pakai WiFi 2.4GHz speed tak stabil, pulak tu router WiFi kat hujung bilik atas.


Installer Astro tengah pasang Astro Ultra Box, yang PVR Astro yang dah rosak tu dia bawak balik. Nanti saya try tulis pengalaman guna Astro Ultra Box ni macam mana dalam blog post akan datang ye?

You Might Also Like

0 komen