Trip ke Gambang Resort City (Part 2)

Ni sambungan trip 4 hari 3 malam di Gambang, Pahang.

Training Day 1

Pakej yang kami dapat dengan BGRC ni ada breakfast jadinya kami breakfast dulu.


Bergambar dulu dengan geng lelaki sebelum ke ofis client.


Satu geng bergambar, geng perempuan memang dominan pula kali ni.



Saya skip semua cerita pasal training sebab hal kerja bukan menarik pun kalau nak share dalam blog. Gambar di atas adalah gambar bukti sokongan kami telah habis buat kerja (just in case kalau HR tiba-tiba tanya la). Biasalah, zaman sekarang ni kita kena sentiasa adakan bukti.

Malam tu kami geng laki je keluar makan, geng perempuan dah kepenatan tidur awal. Baru korang tahu nak buat training ni bukannya senang dan stressnya lain macam..haha

Training Day 2


Lepas siap-siap paginya, terus gerak sarapan. Makan tu penting.


Kita skip sembang pasal kerja, ni gambar kenangan kami bersama sebahagian staf maintenance yang terlibat dalam training.



Nampak macam tugas mudah jer mengendalikan training, sebenarnya ada stressnya yang tersendiri. Memandangkan training habis sedikit awal, kami pun ambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Kuantan. Perjalanan ke Kuantan mengambil masa hampir sejam jugak. Rambut kusut tu bukan sebab stress tapi disebabkan angin sepoi-sepoi pantai Teluk Chempedak.


Kami berpisah dengan geng perempuan sebab mereka nak makan Kula Cakes, kitorang geng lelaki pergi ke Teluk Chempedak. Kereta Proton Saga Premium baru ni memang cukup mantap sebab daripada KL sampai ke pantai Teluk Chempedak ni belum re-fill minyak lagi.


Bergambar kenangan bersama geng lelaki untuk tugasan training projek kali ini.


Google Photos ni memang padu, dia cantum 3-5 gambar pantai Teluk Chempedak ni menjadi satu gambar panorama yang indah.


Tengah kitorang tengah syiok menikmati aiskrim McD tepi pantai ni, tiba-tiba monyet ni datang dan merampas aiskrim member sebelah. Rakus betul. -- Tonton Video


Monyet-monyet ni datang macam gengster, habis tong sampah dikerjakan. -- Tonton Video


Tengok la perangai sekor-sekor monyet ni. Siap bergaduh bagai..adoi..drama di waktu petang betul. -- Tonton Video

Kami makan ikan bakar di Ana Ikan Bakar Petai 1 yang terletak di Tanjung Lumpur selepas itu. Saya buat blog post khusus bertajuk: Menjamu Selera di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan.


Training Day 3


Tetamu lain di BGRC ni semua dah takde, tinggal group kami jer di sini. Jadinya restoran di BGRC ni hidang menu ala-carte je untuk kami. Apa pun, memang sedap hidangannya.


Kita skip bab kerja, ni gambar pasukan yang terlibat dalam aktiviti training projek ini.

Oh yer, saya dah buat blog post khas makan tengahari kami di Gambang bertajuk: Kari Kepala Ikan Terkenal Di Gambang.



Sebelum bertolak balik, kita bergambar dulu di hadapan kampus Pusat Asasi IIUM Gambang Campus.

Begitulah kisah trip saya bersama team saya ke Gambang, Pahang.

You Might Also Like

0 komen