Beralih ke MaxisOne Home Fibre Broadband

Pada bulan Oktober 2019 yang lalu, TM telah melancarkan TM Menawarkan Langganan Percuma Unifi Sehingga 31 Disember 2019 Untuk Pelanggan Yang Memperbaharui Kontrak 24 Bulan. Saya pada mulanya terdetik juga nak memperbaharui kontrak 24 bulan saya yang tamat pada bulan Oktober tu, namun begitu saya ada rancangan juga untuk beralih ke Maxis disebabkan saya guna Maxis Mobile dan Maxis Fibre Broadband ada pakej Maxis One Prime di mana tiada kuota akan dikenakan untuk kesemua line yang saya ada.

Saya duk fikir punya fikir, last-last bila saya di Maxis Centre beli Note 10 untuk replacement handphone isteri saya, staf Maxis tu ada promote pakej unlimited tu, terus saya sign up. Lepas je sign up, line Maxis saya dan isteri terus jadi unlimited quota. Mulanya saya risau juga sebab saya duk baca-baca katanya UniFi perlukan notis daripada owner akaun sekurang-kurangnya sebulan notis sebelum terminate. Staf Maxis kata tak perlu, cuma bawa je kertas sheet merah nanti ke TM Centre dan bagitahu kata dah bertukar ke Maxis. Tu nanti saya cerita dalam blog post akan datang.


Installer yang datang seorang chinese guy muda lagi, dia datang sorang jer. Dalam sejam camtu dah siap. Tapi cuba tengok setup di atas (abaikan sepender anak saya dalam bakul tu), infra masih lagi TM dan dulu kawan saya yang kerja TM cakap, sebenarnya TM yang pegang semua network-network ni, Maxis ni cuma macam partner atau vendor kepada TM. Memang betul pun, cumanya sekarang ni saya tak perlu nak ada 2 jenis akaun, bayar je sekali. Lagi satu saya downgrade daripada 100MBps kepada 30MBps. Nanti saya share sikit pengalaman guna line 30MBps, buat permulaan ni rasanya sama jer.

You Might Also Like

0 komen