Pengalaman 1st Menginap di First World Hotel Genting Highland

Genting Highland sebenarnya sebuah tempat yang kalau takde jerubu memang saya akan nampak setiap kali balik kerja. Kalau 2 tahun lepas saya dah cuba menaiki Genting SkyWay di GPO dan tahun lepas saya telah pun sekali lagi ke Genting Highland cuma ke GPO sahaja, kali ni saya dan keluarga teringin nak merasa pula menginap di dalam awan Genting Highland sana.

Maka saya pun booklah 1 bilik jenis Y5 Deluxe pada harga RM83 secara online untuk 1 malam pada 23-24 Januari 2020 sebelum Tahun Baru Cina dan juga cuti persekolahan.



Hari Pertama (Khamis 23 Januari 2020)

Perjalanan ke Genting bermula sejurus selepas siap installation Maxis Fibre di rumah. Sampai je di Genting, pening jugak nak cari tempat kat mana nak check-in di First World Hotel sebab Genting ni memang besar tempatnya.


Bila dah jumpa mesin untuk check-in, IC pulak mesin tu tak boleh baca. Mungkin sebab IC saya dah lama. Patutnya nak kena tukar dah IC ni yang ada hologram kat tengah tu. -- Tonton Story


Lama jugak proses nak check-in secara manual sebab kami sampai 5.30pm lebih, masuk bilik pukul 7pm lebih. Pulak tu ada banyak tower dan saya dapat tower yang hujung nun di sana.


Bila dapat masuk bilik, terasa macam lain sebab dalam gambar nampak macam besar, bila sampai kat bilik yang sebenar terasa biliknya kecil pulak. Takperlah, janji budak-budak ni happy.


Tengah lepak-lepak kat dalam bilik, tiba-tiba pintu hotel diketuk. Alamak, takkan pencegah maksiat pulak datang? Teringat blog post saya yang paling popular ni, sekali tu rupanya orang maintenance bilik. Diorang nak tukar controller kelajuan kipas. Kat atas Genting ni air-cond takde, tu pun dah sejuk tak ingat.


Dah ready nak gerak keluar dekat pukul 9pm dah ni. Tu budak tu macam konon macam tak nak ikut nak duduk kat dalam bilik, bila semua orang dah siap baru nak menggelupur ikut.


Ni area tandas di lorong nak masuk ke dalam kawasan katil, sebelah kiri jamban sebelah kanan tempat shower. Kunci takde tau so pandai-pandai la korang tahan kalau ada orang nak skodeng.


Ni no bilik saya waktu tu.


Tu sebelah kiri saya pintu takde kunci jamban. Memang sempit tapi janji lepas dan lega cukuplah. RM83 je kut. Kalau compare dengan Tune Hotel, saya prefer sini lagi sebab ada fridge, tempat sangkut baju dengan peti besi elektronik. Kalau anda baru kahwin pun okay jugaklah duduk sini, dah ada anak dua orang ni dah jadi agak crowded jugak. Kalau belum kahwin, pandai-pandai koranglah. :-p


Ni hall nak ke bilik, memang kiri kanan semua bilik aje.


Kalau mereka yang datang sebab ada seminar, training atau meeting, tempat seterika kat bilik khas. Kena kongsi la.


Bila turun je kat bawah, dah masuk ke dalam hall.


Terus jumpa tempat ni.


Ni tempat VR, boleh tahan la harga dia, kalau nak datang sini walaupun tak berjudi, better prepare duit entertainment tu lebih sikit la.


Terus masuk indoor theme park.



Pertama kali tengok siling ada display, teringat cerita Sci-Fi The Expanse sebab dia buat langit artificial. Tak tahu sebenarnya ni malam ke siang, rasa macam sama jer. Cuma tempat ni pukul 10pm lebih dah nak tutup dah.


Memang ramai orang kat sini.


Tak berani nak naik benda ni.


Cuba tengok dia punya pegi. -- Tonton Video



Ni tempat nak beli tiket. Ada harga kat situ, cuba kasi zoom.


Ni peta, tak tahulah korang boleh nampak ke tidak. Cuba zoom tengok.


Gambar ni nampak sikit display langit tu.


Ohhh...nama tempat ni Skytropolis.


Eh, ada Ferris wheel la. Sekali naik untuk hari bukan weekend RM10. Better beli yang pakej la jangan beli ala-carte.


Tengok, langit dah bertukar.


Kat hujung tu kalau tak nak pegi beratur kat kaunter, boleh guna mesin vending untuk beli tiket. Boleh pakai kad kredit, debit, e-wallet semua.


Kat belakang tu tengah ada show kat display besar.


Bergambar dengan orang utan.


Time ni kedengaran ada virus sedang menular, tu yang semua pakai mask. Mask saya mana pegi ntah.


Masuk daripada belakang jadinya tak nampak pintu depan, ni rupanya pintu depan nak masuk SkyTropolis Indoor Theme Park Genting Highland.


Cermin ilusi ni kat tempat arcade game ni memang kelakar. -- Tonton Video


Selepas kena halau keluar daripada arcade game sebab dah jam 10pm lebih, kitorang masih lagi meneruskan pengembaraan sambil bergambar-gambar.


Nampak macam ada sesuatu kat luar sana tapi tak tahu macam mana nak ke sana. Silap pulak kami tak bawak makanan nak sarapan siap daripada rumah, beli di kedai serbaneka kat bawah hotel ni je harga memang 2-3 kali ganda berbanding kalau beli kat 99 SpeedMart. Dalam pukul 10.30pm kami dah kembali ke bilik kepenatan dan tidur.


Hari Kedua (24 Januari 2020)


Waktu check out di First World Hotel ni pukul 11am, risau jugak kalau terlajak sebab kat lif dia ada tulis kalau check out lambat ada cas.


Ni pemandangan time nak turun ke bawah sebelum naik lif.


Memang tinggi tempat ni.


Kat bawah tu rasanya tempat parking staf di Genting ni.


Time check-out 11.41am, mujur tak kena cas. Fuhh..



Mula-mula kami parking kat tingkat bawah sekali, nak cari balik level mana dah pening lif mana nak pergi, dekat setengah jam jugak la merayau cari lif mana yang boleh pergi sebab dah turun dah sekali level parking tu tak boleh akses pulak, dah ler sempit lepas tu berebut orang nak parking, rupanya kalau parking makin naik ke atas makin banyak kosong, orang semua nak parking kat bawah sebab senang nak keluar.

Lepas letak beg-beg semua dalam kereta, kita mulakan kembali sesi pengembaraan di Genting.


Kembali ke SkyTropolis.


Budak-budak duk target nak naik ride ni.


Chomel je kan tengok.


Lapor so pergi beli makan tengahari bajet di Family Mart. Harga makan kat sini memang premium habis woo..


Ada tarian naga la sempena Tahun Baru Cina.


Akhirnya tertunai hajat budak-budak ni nak naik. Silap tak bagi diorang naik semalam sebab beza sehari je harga daripada RM10 sorang untuk 1 ride dah jadi RM15 sorang sebab dah bermula cuti sekolah.


Window shopping je sebab bajet nak terlebih dah ni oi..


Nak buat jugak gaya character Roblox dia.


Kembali ke tempat arcade game.


Dah sampai sini memang tak ingat dunia dah.


Budak-budak ni sibuk nak mintak duit nak main, masalahnya kalau main game ni sekejap sangat kalahnya. Macam tak berbaloi. -- Tonton Video


Mari kita tinggalkan SkyTroPolis ni dan tengok tempat lain pulak.


Okay, kita dah menapak ke tampat lain dan jumpa Genting Grand Complex. Pergi mana-mana pun dalam ni mesti terjumpa dengan arcade game.


Akhirnya jumpa McDonalds. Kami makan jugalah sebab kat atas Genting ni sejuk yang menyebabkan perut menjadi cepat lapa. Walaupun harga McD kat Genting ni up sikit, harganya taklah se-premium tempat dekat dengan SkyTropolis tu.


Lepas makan McD, kami akhirnya bertemu jalan keluar daripada tempat indoor Genting ni. Memang syiok layan awan di atas ni.


Saya memang tak suka sangat pakai jaket kecuali kalau betul-betul sangat sejuk.



Gaya sorang-sorang bila suruh bergambar. Adeii


Laporan di Awan Nano -- Tonton Story


Layan kopi sambil melihat pemandangan di luar Genting ni memang best.


Budak-budak kalau dah dapat tempat nak main memang tak ingat apa dah.




Betul-betul sebelah pintu nak keluar sebelum ni ada pulak TeaLive. Terjebak beli Boba Tea satu guna duit RM30 kerajaan bagi kat eWallet.


Jalan-jalan lagi sekali ternampak kat luar tingkap pemandangan ni. Duk cari kat mana nak akses masuk sini.



Hari tu dah naik kereta kabel. Pengalaman yang menarik tapi kalau naik kereta kabel dengan nak angkut barang-barang beg semua bagai macam tak sanggup la pulak.


Okay, sambung jalan-jalan lagi.


Woo..ni kalau makan kat sini kad kredit kena siap-siap la.


Level ni outdoor dalam indoor, memang sederet ni tempat makan.


Tengah jalan-jalan, terjumpa tempat lepak ni.


Tempat ni dekat dengan tempat stesen kereta kabel.


Nampak tak kereta kabel dengan theme park kat bawah tu. Dulu katanya ini lah yang kena batalkan dulu tu kut.


Selfie kenangan lagi.


We-fie kenangan.


Ulasan guna video. -- Tonton Video


Okaylah, jom pegi tempat lain.


Ripley's Adventureland.


Pakej-pakej kalau nak masuk sini.


Tadi tu pakej, ni tiket kaunter kalau nak beli ala-carte.


Besar jugak tempat ni.


Rasanya dulu last time saya ke tempat ni, Ripley's ni kat tempat lain.


Anak saya yang bongsu nampak patung ni terus lari. Nampak realistik woo..


Entah bila masa budak-budak ni suka main dengan Elmo. -- Tonton Video



Eh, ada Fish Spa la kat sini.


Ikan dia kecik-kecik je.


Kissing Fish Spa. -- Tonton Video


Dah habis merayap dalam Ripley's, sambung jalan balik.


Saya dah letih la Ayg..jomlah kita balik.


Eh, ada tempat lagi belum explorasi, nampak pulak poster MineCraft!!


Rupanya tersembunyi di tingkat atas ni sebuah CyberCafe yang buka 24 jam.


Tempat ni khas untuk gamers-gamers kaya dan tak tahu apa nak buat kat Genting ni.


Dah sampai ke tempat terakhir sebelum kita balik.


First World Hotel ni rupa-rupanya Hotel Terbesar Di Dunia! Hanya di Malaysia.

You Might Also Like

0 komen