Pengalaman Menaiki Genting SkyWay Di Genting Premium Outlet
- August 21, 2018
- By Encik Jay
- 0 Comments
Kebaikan bila kita ada blog ni ataupun menggunakan Google punya servis seperti Google Photos adalah kita boleh track balik kita punya perjalanan yang kita dah lalui ataupun lebih kurang macam report untuk kita sendiri la bila kali last kita pergi satu-satu tempat. Jadinya dalam contoh ini, last saya pergi Genting adalah pada tahun 2015 iaitu 4 tahun yang lalu, malangnya saya tak tulis pulak pasal pengalaman tu di blog ni, cuma ada buat galeri gambar sahaja.
Apa pun, untuk pengalaman kali ni saya share di blog ni supaya anda yang ingin pergi ke Genting dapat sedikit maklumat la daripada pengalaman ini. Asalnya trip ke Genting ini takde la dirancang dengan teliti, kebanyakannya jenis 'impromptu' je. Okay, kita terus ke gambar:
Sampai-sampai je terus jumpa fountain depan kedai Coach. |
Pemandangan di sini memang sangat menarik |
Alamak..kedai mainan..habislahhh.. |
Lapar la pulak..Old Town Basic ni punya la ramai sampai makanan tak cukup, banyak menu dah takde.. |
Mana makanan tak sampai lagi ni?? |
Dah alang-alang sampai, wusha tengok tempat ni. |
Ni kaunter tempat beli tiket manual. |
Kalau nak guna mesin tiket pun boleh. Sehala dewasa RM7. |
Asalnya ingat nak tengok jer, last minit buat keputusan dah alang-alang sampai terus naik jer la SkyWay ni. |
Bergambar selfie tapi gelap sebab pencahayaan failed. |
Nampak best kan? Dekat sejam beratur woo semata-mata nak naik kereta kabel ni. |
Muka gembira sebab dapat berjalan-jalan dengan keluarga |
Taman tema ni rupanya belum siap lagi |
Okay..dah nak sampai dah |
Ni kalau siap ni rasanya sehari tak cukup nak try semua benda |
Wahh..masuk dalam awan laa |
Ready..dah nak sampai dahh |
Pemandangan tepi dalam kereta kabel |
Masuk-masuk je dalam bangunan teruja tengok display penuh merata-rata. Ada pulak muka Shila Amzah, terasa seperti berada di dunia lain. |
Stage ni memang mantap la |
Memang dahsyat audio visual kat sini |
Tengah lepak-lepak kat sini sekali tiba-tiba ada show. |
Bergambar ala-ala MLM leader di hadapan kereta Mini Cooper elektrik |
Ada je la buat muka budak ni |
Akhir kata, saya tunjukkan video yang saya hasilkan guna apps video Quik. Macam-macam apps dah sekarang ni, saya yang kerja dalam bidang IT ni dah tak terkejar dah, apa pun enjoy:
0 komen