Pada 27 Julai yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan satu kunjungan ke Marina Island Pangkor Resort & Hotel atas jemputan kenduri kahwin yang bertemakan 'Wedding by The Beach'.
Mari kita tengok gambar-gambar yang ada:
Lobi di Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Staf mereka agak ramah juga la
Katil di dalam bilik di Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Keadaan bilik di Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Tandas di dalam bilik (berkongsi dengan sebuah bilik lagi di hadapan..kecik je bilik tu)
Selfie sikit di balkoni
Nak cerita sikit, waktu mula-mula sampai keadaan bilik dah okay dah tapi lantai punya la berhabuk. Kami terpaksa panggil staf hotel datang mop lantai dulu semua baru la boleh lepak-lepak. Saya dengan isteri pulak ada sedikit alergik dengan habuk, memang sakit hidung la selepas kejadian tersebut disebabkan hidung berair. Ada sedikit spoil sedikit la di situ.
Cermin besar dalam bilik
Pemandangan di balkoni bilik mengadap Pulau Pangkor
Pemandangan sekitar Marina Island
Pulau ni kecik jer, tapi memang banyak la tempat parking yatch kat sini
Parking kereta pun macam tak berapa penuh, mungkin sebab bukan cuti sekolah kut.
Pool kanak-kanak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Pool dewasa ketika ini agak kotor mungkin tiada maintenance tapi kenapa tak pagarkan untuk keselamatan?
Meja di pool Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Ada tempat mat getah jadi okaylah kalau budak-budak nak tergolek
Cafe sarapan pagi di blok sebelah Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Sarapan di sini bagi saya takde masalah, memang cukup banyak untuk semua tetamu yang datang.
Selepas kami check out, kami pun hadir ke wedding di Jetty Marina Island Complex bersebelahan dengan tempat penginapan kami.
Selfie di Wedding at The Beach
Menarik jugak tempat ni, ada rumput karpet
Memandangkan geng wedding ni seni budaya punya geng, maka ada la show sikit:
Boleh klik di gambar di atas untuk tonton video. YouTube tak bagi upload sebab ada audio copyright.
Begitulah kisahnya weekend di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Memang terbaik.
0 komen