Hari Sukan Tadika Cahaya Ummi (TCU) 2018

Zaman sekarang ni video adalah medium penyampaian yang paling 'Hot' sekarang ni. Mungkin tengok jugak la kut usia pembaca tu macam mana atau dalam apa bentuk yang boleh diterima pakai. Kalau berFB atau guna PC kat ofis takkan la nak tengok video pulak kan? Kantoi la nanti.

Jadinya pada 11 Ogos 2018 yang lepas adalah Hari Sukan Tadika Cahaya Ummi (TCU) anak saya. Ini adalah tahun kedua saya hadir ke acara ini. Katanya hampir seminggu mereka membuat latihan sukan jadinya kita kena bagi kredit sikit la pada mereka sebab berusaha menjadikan acara ini yang terbaik.

Kain Rentang Hari Sukan Tadika Cahaya Ummi 2018
Oleh itu, saya persembahkan video yang saya telah hasilkan menggunakan Apps Quik di fon saya. Saksikan:


P/S: Nak kena buat banyak latihan lagi dalam penerbitan video ni. Macam-macam benda boleh belajar rupanya...

You Might Also Like

0 komen