Lawatan Rekreasi di Bandaraya KL

Pada pagi Ahad 19 Ogos 2018, keluarga kecil kami telah membuat satu lawatan ke Dataran Underground di bawah Dataran Merdeka. Asalnya cuma nak melihat satu event bernama 'Jom Lambak' yang kemudiannya terus bertukar menjadi sesi berjalan-jalan sekitar pusat Bandaraya Kuala Lumpur, menaiki STAR LRT, PUTRA LRT, KLCC, tengok wayang baru lah pulang ke rumah.

Di lokasi Jom Lambak

Macam tak berapa ramai orang sangat tapi cantik gak tempatnya. Parking flat rate RM6 sehari.

Posing sempena Hari Kemerdekaan

Di Padang Dataran Merdeka. Ada banyak construction sebenarnya kat area sini.

Google Photo cantumkan gambar ni..power la software Google ni

Cantik rupanya kawasan belakang bangunan Sultan Abdul Samad ni

Harap tinggal je kat KL tapi tak pernah jalan pun KL ni

Bangunan Sultan Abdul Samad

Ada jambatan cantik rupanya yang menghubungkan Bangunan Abdul Samad ni dengan Masjid Jamek

Asalnya nak naik PUTRA LRT, sekali salah masuk station da..terus pergi sampai Sentul Timur lepas tu patah balik

Dalam laluan PUTRA LRT - STAR LRT

Google Photo cantum lagi gambar ni..tapi terbaik la view dia

Zaman sekolah dulu lalu kawasan ni nampak buruk jer, ntah bila masa tiba-tiba jadi cantik.

Kat Dataran Underground ni pun dah gempak. Kalau korang ada masa datang la jalan-jalan sini.
Ntah macam mana sekarang ni rajin pulak saya buat video guna Apps namanya Quik. Ni hasil eksperimennya:

You Might Also Like

0 komen