Menghadiri Elken Water Filter Presentation

Saya sebenarnya dah jadi ahli Elken sejak daripada bulan Mac 2018 yang lalu. Saya juga merupakan seorang pengguna dan pelanggan produk-produk kesihatan Elken. Isteri saya pula pengguna produk kecantikan Elken. Kebiasaannya bila sebut sahaja pasal syarikat direct selling automatik akan keluar dalam kepala 'MLM' dan kisah-kisah di mana anda telah ditipu oleh kawan lama yang asalnya nak ajak keluar minum sekali tu dibawa ke satu event yang orang-orang di sekeliling mereka berperangai pelik. Itu semua telah saya lalui pada tahun 2005 dulu, waktu zaman tu syarikat tu namanya 'Omegatrend' tapi syarikat tu pun dah takde dah sebab dengar ceritanya waktu mereka cuba nak expand ke China mereka telah membuat kesilapan pelaburan dan empayar mereka terus merudum selepas itu.

Asalnya mindset saya sebenarnya tak nak share apa-apa pun bila melibatkan MLM ni dalam blog ni tapi bila fikir balik, takde salah pun kalau saya open dengan bisnes direct selling ni. Lagi pun saya rasa macam content blog saya ni macam kurang so nak kena cuba tambah la apa-apa sahaja yang boleh memberikan manfaat kepada pembaca blog ini. Saya juga berpendapat kalau anda baru nak belajar atau berjinak-jinak dengan bisnes, syarikat direct selling memberikan training yang cukup lengkap pada harga yang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan training yang ditawarkan di pasaran terbuka. Alamak, dah macam panjang pulak mukadimah post ni.

Tunjuk gambar sikit lah, ni event hari Ahad yang lepas (2 Sept 2018):

Bangunan Elken di Jalan Klang Lama

Dah ada bangunan, seberang ada Wisma pulak.

Penerangan oleh leader yang juga seorang ahli Persatuan Kualiti Air Sedunia (WQA) 

Eksperimen air yang dijalankan. Boleh buat kat rumah sebenarnya eksperimen ini.

Dalam eksperimen ini, air daripada paip telah dibuat perbandingan dengan penapis air biasa dan penapis air Elken. Hasilnya, air yang dikeluarkan daripada penapis air Elken tidak mengandungi apa-apa bahan asing. Saya sebenarnya dah pernah baca pasal perbandingan antara RO Water dan Filtered Water cuma tak pernah buat eksperimen dan tak berapa nak nampak apa kelebihan RO Water ni. Bila dah tengok, dengar dan rasa sendiri air RO ni, baru la faham. Cuma ada masalah pulak lepas tu sebab bila jumpa air bukan RO, dah rasa macam takut nak minum pulak..hahaha

Leader ni nama dia Hafiz, beliau merupakan seorang usahawan konvensional tetapi dalam masa yang sama juga merupakan salah seorang leader/usahawan yang mewakili syarikat Elken.

Eksperimen water filter setup


Bersama pasukan sales kumpulan

Bila kita baca je tanpa mendengar penerangan kita biasanya tak boleh nak buat keputusan yang betul disebabkan kekurangan data serta informasi yang tepat. Sekiranya anda berminat nak test air ataupun berminat nak menghadirkan diri mendengar taklimat berkaitan air ni anda boleh klik di link di bawah untuk mendapatkan penerangan lanjut:



You Might Also Like

0 komen