Menjamu Selera di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan



Dalam trip ke Gambang di dalam blog post saya yang lepas, pada hari ke 2 training kami telah pergi makan di Ana Ikan Bakar Petai yang terletak cuma 10 min jer daripada Pantai Teluk Chempedak. Macam biasalah, guna Waze untuk sampai ke tempat ini.


Biasanya saya makan Ana Ikan Bakar di Bangi tapi kali ni di tempat original Ana Ikan Bakar Petai. Tengok dalam Google Maps, ada 3 cawangan sekitar Tanjung Lumpur ni sahaja, tempat saya pergi makan ni kalau ikut koordinat adalah Ana Ikan Bakar 2.


Suasana di Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Setting lebih kurang macam di Bangi siap ada surau dan playground untuk kanak-kanak.


Ni gambar panduan jenis-jenis ikan untuk dipilih sebelum order nak masak masakan jenis apa. Kami waktu tu cuba ikan pari masak sambal petai. Masa penungguan adalah lebih kurang 20 minit jugaklah.


Sambal petai di Ana Ikan Bakar ni memang best, pedasnya tak begitu pedas, sesuai dengan selera saya. Jumlah untuk makan 3 orang waktu tu cuma RM49 jer sebab takde ambil lauk pauk atau desert yang lain. Memang berpatutan la harganya.


Kami geng laki sampai dulu dah kenyang makan, kena tunggu geng perempuan pulak makan sebab nak konvoi balik ke BGRC.

Begitulah review untuk makan di Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan ni.


You Might Also Like

0 komen