Trip ke Gambang Resort City (Part 1)

Permulaan tahun 2020 untuk blog ini dimulakan dengan kisah trip ke Gambang, Pahang. Sejak tahun 2015 lagi, saya dan syarikat tempat saya bekerja terlibat dengan sebuah projek di Gambang, spesifiknya di Pusat Asasi UIA Gambang. Tahun 2016 dulu pernah suatu ketika, boleh dikatakan hampir setiap minggu saya akan daytrip meeting (tumpang kereta orang lain) ke Gambang. Projek tersebut tergendala sekejap selama lebih 2 tahun sebelum bermula kembali pada akhir tahun 2019.

Memandangkan trip tersebut adalah di bawah syarikat, menggunakan bajet yang disediakan oleh syarikat, saya pun sewalah kereta untuk ke sana menggunakan. Jumpalah iklan kereta sewa di FB Marketplace kereta Proton Saga premium baru. Harga pun okay, sebulan RM90 untuk 4 hari so total RM360. Dah cari banyak tempat kereta sewa, memang tak jumpa harga ni untuk kereta yang sama. Kereta baru ni, memang syoklah bawak.


Bergambar dengan sebelum bergerak ke Gambang.


Bersama co-driver saya yang diimport khas daripada Kuala Kangsar.



Memandangkan gerak pun hari Ahad sebelum tenghari, kitorang konvoi lagi, maka perlulah singgah makan.


Tu dia tengok beratur orang nak dapatkan lauk ikan patin.


Hari Ahad punya suasana di Restoran Selera Patin Bangau, Temerloh.


Muka masing-masing kekenyangan.


Setelah sejam perjalanan daripada Temerloh, kami pun tiba di Bukit Gambang Resort City (BGRC).


Letih dah drive ni, cepat nak masuk bilik nakk baring.


Ya, kita dah pun nampak katil.


Ni bilik saya, memandangkan saya paling senior dan takde partner, saya duduk sorang tapi katil ada dua.


Ni ruang tamu, tempat sembang-sembang.


Ruang pantry dalam bilik studio suite di sini.


Bila dah dapat landing atas katil, rasa macam tak nak bangun pulak.


Tapi alang-alang sampai, kena paksa diri jugaklah nak merasa swimming pool kat seberang tu.


Dah pukul 6pm lebih tapi pelik kenapa takde orang lain pun kat pool ni.



Kita we-fie dulu sebelum terjun ke dalam swimming pool.


Dapatlah sejam lepak kat pool jakuzi ni sebelum kena halau sebab pool tutup.


Asalnya konon nak ke Kuantan, last-last fikir balik makan dekat-dekat jer la.


Makan malam kat kedai Tom Yam area perumahan berhadapan Resort City Gambang ni. Restoran ni namanya D-Santai.


Sebelum makanan sampai, sempat dulu berwe-fie dulu.


Mula-mula kat luar, sekali tu pindah masuk ke dalam kononnya nak elak serangga, sekali kat dalam pun sama jer.


Restoran ni namanya D-Santai.


Kat atas ni InstaStory yang saya tulis waktu berada di sana. Rupanya waktu tu kat resort ni ada beberapa penghuni je tinggal.

Bersambung ke Part 2.

You Might Also Like

0 komen