Berkunjung dan Menerokai Bandar Hill Park

Saya kini sedang berusaha untuk menguruskan berat badan saya yang makin lama seperti makin bertambah. Oleh itu, cara terbaik membuat pengurusan ini mengikut pendapat saya adalah dengan mengamalkan riadah ringan sebab kalau dilakukan terlalu extreme rasanya saya akan merana.


Jadinya pada weekend 2 Feb yang lalu, disebabkan abang ipar saya tinggal di Saujana Utama dan ada tempat yang dikatakan best untuk dikunjungi di sana, kami pun pergilah ke sana. Jom kita lihat tempat riadah di Bandar Hill Park, Puncak Alam.



Tempat ini boleh dikatakan masih baru lagi, jadi peralatan playground nya masih lagi berada dalam keadaan baik.


Tengoklah struktur tempat permainan kanak-kanak ni, memang menarik perhatian kanak-kanak.



Ada budak gayat naik atas tempat permainan ni.


Ada tempat panjat memanjat. Cuma budak kat belakang tu konon je macam berani nak panjat, dah naik sikit dah gelabah nak turun.


Di sini nama lainnya adalah Forest Hill Park, Saujana Utama. Sebelah-sebelah jer dan kawasannya memang luas.


Ini padang di kawasan taman sini, suasananya memang menarik petang-petang tengok orang main layang-layang.


Sambil beriadah/berjalan, kita boleh minum minuman yang boleh dibeli di tepi jalan di sekitar taman ni.


Rumah-rumah kat sini ada yang dah siap, ada yang belum.


Pada sebelah malamnya, saya sempat melawat ke satu lagi tempat menarik bersebelahan kawasan di sini iaitu EcoWorld Gallery.


Tempat ni pulak namanya Trex Bike Park. Kami datang sini naik buggy padahal boleh je datang naik kereta dan parking di tempat ni.


Kalau datang awal sebenarnya boleh sewa basikal di sini.


Kena besarkan gambar dan zoom kalau nak tengok kadar harga sewa basikal di sini.


Pengalaman solat maghrib dalam surau kabin ber air-cond.


Wife saya ni pantang nampak tempat cantik je, mesti nak pergi tengok.


Di sini juga ada tempat permainan kanak-kanak. Nampak tak tali-tali tu, tempat budak-budak memanjat macam di taman permainan kat Hill Park dalam gambar sebelum ni.


Nama restoran ni Restoran MaluMalu. Kalau ada yang dah pernah try makan sini, boleh la bagi rekomendasi apa yang menarik di sini.


Ni EcoMart, kedai serbaneka ala 7Eleven.


Ni Ink Library Cafe, nampak macam ramai orang suka buat birthday party kat tempat ni.


Restoran Cikri Sahara Kambing Bakar, dengar cerita ni salah satu cawangan. Belum pernah cuba lagi tapi mungkin satu hari nanti.


Jadinya itulah lawatan sambil meneroka ke kawasan pinggiran bandar berdekatan dengan Puncak Alam ni. Sememangnya siapa yang memiliki hartanah di kawasan ini sangat bertuah kerana kemudahan di kawasan ini sangat menarik.

You Might Also Like

0 komen