Tempat Best Untuk Beriadah - Taman Botani KL

Taman Botani terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Selalunya orang lain semua tak minat nak pergi tengah-tengah KL kan? Sebenarnya hari bekerja je KL akan menjadi sesak, hari minggu kebanyakan tempat selain daripada tempat tumpuan utama biasanya akan lengang je. Di KL juga terdapat banyak tempat menarik yang ramai orang dan kadang-kadang saya sendiri pun tak tahu kalau takde orang yang bagitahu.


Kami bermula dengan parking kereta di tempat letak kereta Padang Merbok iaitu bersebelahan dengan ASWARA. Kami jalan kaki jer ke Taman Botani.


View yang ada di sini memang cantik, kalau saya seorang fotografer, saya memang dah snap banyak gambar dah kat sini.


Kat belakang saya ni padang merbok.


Bila jaga 2 orang budak lelaki ni, memang kena tahan je la perangai sorang-sorang.


Ni kat dalam Taman Botani, ada buggy ride jugak yang akan bawa anda pusing-pusing pada harga RM10 sorang kalau tak salah saya la.


Okaylah, kitorang spend masa taklah lama sangat. Cukuplah sekadar dapat membakar lebihan lemak hasil makan-makan sedap selama ni.

You Might Also Like

0 komen