Berkunjung Sambil Beriadah di Memorial Tun Hussein Onn
- February 20, 2020
- By Encik Jay
- 0 Comments
Saya sebenarnya tak tahu pulak ada memorial di kawasan Jalan Tun Ismail KL sehinggalah wife saya ajak beriadah ala-ala jogging ke sini.
Setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak, akhirnya saya dengan sukarelanya
Memulakan langkah pembasahan ketiak.
Okay, setelah berjalan daripada Padang Merbok dan Bank Negara, kita dah sampai ke tangga nak naik ke Memorial Tun Hussein Onn.
Nampak tak tempat ada bulat-bulat tu, macam tempat landing helikopter.
Mengah nak naik tangga ni.
Pemandangan daripada atas Memorial Tun Hussein Onn hasil daripada penggabungan gambar daripada Google Photos.
Rupanya macam-macam kemudahan ada dalam kawasan ni, cuma saya je tak pernah tahu.
Walaupun di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, kita boleh dengar bunyi kicauan burung. -- Tonton Video
Begitulah riadah untuk kali ini, mungkin di lain waktu nak tengok tempat lain pula di sekitar pusat bandar KL ni.
0 komen