Mempunyai anak atau membesarkan anak memang terlalu banyak pancarobanya. Antaranya adalah mengimbangi dan memberikan kemudahan yang terbaik untuk mereka. Kalau kita tengok, semua kanak-kanak sekarang sememangnya sudah biasa menggunakan handphone. Ini termasuklah anak-anak saya.
Baru-baru ini, handphone anak saya yang ke-2 yang dibeli second hand pada harga RM200 (Huawei Nova Lite) akhirnya telah rosak di bahagian komponen charger portnya. Handphone tersebut telah mengalami pelbagai kerosakan lain seperti back panelnya telah retak setelah terbang dan terhempas di merata tempat, bateri yang cuma bertahan 5 minit namun dapat lagi digunapakai setelah dihubungkan dengan powerbank, tetapi handphone tersebut masih lagi berfungsi dengan baik sehinggalah handphone tersebut sudah tidak boleh charge. Saya tak tahulah tangan anak saya yang paling kecik tu dia pegang phone macam mana, setiap kali beli cable MicroUSB yang baru, kabel MicroUSB tu paling lama bertahan pun 2 minggu, lepas tu rosak sama ada bengkok atau tercabut terus. Nak repair, harga repair dah lagi mahal daripada beli.
Jadinya, saya decide untuk beli baru handphone 2nd hand jenama Sony Xperia Z3 Compact Docomo ni setelah membuat beberapa research. Handphone ni dulunya merupakan antara yang gempak dan juga merupakan handphone yang berada dalam senarai handphone impian saya sebab saya dulu ada je handphone Sony Compact ni, memang saya minat. Setelah membuat pembelian di Shopee hari Isnin, hari Rabu pun handphone ni sampai, di bawah ni video unboxing yang dibuat:
Boleh tengok video ni di FB : Tonton Video
Atau boleh juga tengok video ni di YouTube: Tonton Video
Pada mulanya handphone ni berfungsi dengan baik kecuali flap tepi tempat nak cas phone tu je longgar, saya cabut terus sebab saya tahu mesti akan hilang punya. Saya sempat la test handphone ni sehari. Namun begitu, pada hari Ahad minggu yang sama dibeli, handphone ini telah terbang dan terhempas dan skrinnya retak. Terus tak boleh pakai dah.
Kesimpulannya, Sony Xperia Z3 Compact terpakai ini tidak sesuai diberikan kepada pengguna yang mempunyai potensi untuk menerbangkan handphone ini. Mungkin kalau dah beli, jangan lupa beli protective casing sekali untuk melanjutkan lagi tempoh hayat peranti ini.
0 komen