Antaranya adalah:
- Percuma, asalkan anda ada akaun Gmail, dah boleh buat blog guna Blogger.com dan selagi Google masih lagi beroperasi, blog anda mungkin boleh bertahan selama Google masih hidup. Blog saya didaftarkan pada tahun 2009, zaman tu saya baru nak kahwin. Sekarang anak saya yang paling besar pun dah umur 8 tahun.
- Tak perlu risau pasal server, semuanya Google dah sediakan. Service Google pulak semuanya berada di dalam Google Cloud Platform. Kalau tengok mereka punnya global network, memang cukup mantap.
- Mempunyai link direct dengan akaun Google Photos. Kalau anda perasan dalam blog jayhemsem.blogspot.com, gambar punya la banyak, itu kalau saya nak proses, dah macam buat kerja full time pulak padahal tak dapat bayaran pun. Pilih je gambar apa nak letak, masukkan dalam album khas, insert photos dan adjust lepas tu publish. Setel.
- Tak perlu risau pasal bandwitdh dan server load. Gambar banyak-banyak tu akan menggunakan data transfer yang banyak. Itu semua Google dah handle.
Walaupun nampak macam semua benda indah, namun ada juga risiko-risikonya yang tersendiri.
Kelemahan:
- Sekiranya akaun Google anda kena block, anda akan hilang akses kepada semua perkhidmatan Google termasuk blog blogger anda.
- Back-up data ataupun export data mengenai posting anda adalah di dalam format Google dan perlu ditranslate kepada format yang dikehendaki sekiranya membuat migration.
- Tiada plugin-plugin hebat seperti mana yang ada di dalam WordPress plugin.
Sememangnya ada kelebihan dan kekurangan dalam setiap online platform yang ada. Yang pasti adalah, kita sentiasa ada pilihan untuk menentukan apa sahaja pilihan kita.
0 komen