Setelah 2 bulan beralih Maxis setelah tamatnya kontrak menggunakan akaun UniFi, kini tibalah masanya untuk memberikan sedikit review mengenai penggunaan internet MaxisONE Home Fibre ni. Terdapat kelebihan dan kekurangan tersendiri. Post ini tidak ditaja oleh sesiapa dan menggunakan duit poket saya sendiri jadinya saya bukan nak berpromosi, saya hanya ingin berkongsi.
Kelebihan MaxisONE Home Fibre
- Saya adalah pengguna Maxis sejak 20 tahun lepas dengan nombor telefon yang tak pernah berubah, waktu tu saya beli pakej pre-paid Adam sebelum dibeli oleh Maxis. Sekarang saya guna pakej MaxisONE Plan 128 dengan 1 share line. Disebabkan pakej MaxisONE Prime, kesemua line saya sekarang adalah unlimited. Cuma kalau baca fine print terms & condition, sebenarnya limit yang diberi untuk Mobile Internet Package allocation adalah 300GB, suatu jumlah kuota yang sangat sukar bagi saya seorang nak capai sedangkan 80GB kuota sebelum ni pun terkial-kial nak habiskan.
- Kawan seofis saya yang bagitahu, saya sebelum ni tak pernah tahu pun. Nampak tak dongle yang tercucuk kat wireless router dalam gambar di atas, itu adalah backup yang akan connect ke 4G Maxis kalau network available sekiranya line fiber tak available. Saya bawak balik kampung seketul device ni dan on kan, voila..saya ada Wi-Fi dan internet sama macam kat rumah saya di KL. Menariknya, internet tiada kuota atau unlimited.
- Upload dan download adalah sama iaitu 30MBps untuk pakej paling murah iaitu RM89. Kalau UniFi, pakej paling murah RM89 download adalah 30MBps dan upload 10MBps.
Kekurangan MaxisONE Home Fibre
- Rasanya ada 1 jer kut kekurangan di sini sebab secara asasnya, infrastruktur internet di Malaysia ni shared kalau kita tengok secara kasar. Kalau anda seorang penggodek seperti saya, anda tak boleh nak tukar DNS setting walapun anda dah berjaya dapatkan login administrator untuk wireless router di atas. Sebelum ini saya guna DNS setting google iaitu 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 jadinya internet saya seolah-olah tiada tapisan. Secara umum, anda cuma diberikan username: user sahaja dan tak boleh ubah setting dalam wireless router tu. Maksudnya di sini, akan terdapat website yang SKMM dah block anda tak boleh tengok. Namun begitu, anda boleh gunakan VPN untuk mengatasi masalah ini cuma perlukan kos tambahan sikit la nak beli VPN servis tu.
Secara umum, kelajuan internet sama ada Maxis atau UniFi sebenarnya takde beza sangat, kalau waktu anda guna ramai orang lain jiran-jiran semua tengah pakai, line internet memang akan jadi slow, tak kisah la brand apa pakai. Yang membezakan perkara ini adalah bagaimana anda godek. Jadinya, itu sahajalah coretan teknikal saya.
0 komen