Saya ni bukannya pengguna smartphone yang canggih sangat pun, teringat dulu zaman Android mula keluar, memang saya antara yang terawal la dalam famili yang cuba, waktu tu beli Sony Xperia X10. Selepas daripada tu memang guna Smartphone Android.
Pada bulan Mac 2018, saya beralih daripada Alcatel Flash 2 kepada Samsung Note 5 setelah isteri saya beralih kepada Samsung Note 8 (yang kemudiannya hilang di MITEC). Setelah lebih daripada setahun, Note 5 tersebut mempunyai masalah bateri yang cepat habis maka tibalah masa untuk explore smartphone gantian. Kebetulan pula Maxis ada buat pakej terkini iaitu MaxisONE Share device. Setelah melihat kemampuan akaun bank, maka Samsung A50 menjadi pilihan.
Rupanya takde mesin nombor, kena scan QR code lepas tu semuanya guna SMS.
Meja rundingan yang sangat Fancy.
Person in Charge namanya Alia, mesra dan berpengetahuan.
Tak perlu cerita banyak, smartphone baru Samsung A50 sudah pun dapat. Sebenarnya kalau dah beli smartphone yang bayar secara ansuran ni, adalah digalakkan untuk ambil insurans sekali sebab kalau jadi apa-apa macam kes smartphone kena curi, boleh claim dan dapatkan phone yang baru dengan kos yang rendah. Namun begitu, saya buat keputusan untuk tanggung risiko tu sendiri sebab perlu mengikut kepada bajet yang ada. Apa pun, phone Samsung A50 ni memang best.
0 komen