Membeli Handphone Gantian (Vivo Y17) di Nu Sentral

Nu Sentral bukanlah tempat yang paling best untuk membeli handphone, kali terakhir saya beli handphone adalah di Lazada. Namun demikian, handphone merupakan peralatan utama masa kini yang kita banyak habiskan masa, oleh itu kebiasaannya kita akan melabur lebih sedikit untuk keperluan penggunaan handphone ni.

Disebabkan saya handphone wife saya dah hilang, maka kena dapatkan simkad gantian la supaya boleh pakai balik nombor telefon asal. Kitorang pun pergi la ke Nu Sentral. Rupanya cawangan Maxis ni kecil jer, ada 2 kaunter sahaja yang buka.

Di Maxis Nu Sentral

Budak-budak kalau dah jumpa phone, memang cari game aje



Selepas dah dapat simkad takkan takde handphone kan? Jadinya ronda-ronda la kejap tengok kedai handphone di sekitar Nu Sentral tu.

Tengok handphone Vivo

Akhirnya wife pilih Vivo Y17

Sibuk update handphone baru
Saya ada test jugak handphone baru Vivo Y17, memang terasa betul perbezaan performance dan features yang ada berbanding dengan handphone Note 5 yang saya guna ni. Apa pun, kita sembang pasal handphone ni di post yang lain pula (kalau ada la ye). Adios..

You Might Also Like

0 komen