Penang Trip: Pengalaman Menginap di OYO Mario's 88 Bukit Jambul Penang

Seperti blog post saya yang sebelum ini, trip ke Penang ni sebenarnya last minit punya rancangan seminggu sebelum tiba bulan Ramadhan. Dalam pencarian tempat penginapan ke Penang, terjumpalah iklan kepada satu App yang seakan-akan macam AirBNB, cuba la install tengok. Maka terjumpa la tempat seperti gambar di bawah:

Di hadapan OYO Mario's 88

Inilah App OYO..bila tengok harga macam tak percaya je


Kasi tukar sikit bilik tengok..Wah!! Lagi murah!!
Penang merupakan tempat kegemaran isteri saya. Saya pun sebenarnya suka jugak Penang ni. Tempat nostalgia saya di MRSM Balik Pulau dulu tahun 1997-1998. Teringat lagi pada tahun 1998, krisis air berminggu-minggu di Penang menyebabkan kitorang satu sekolah terpaksa melilau satu kawasan sekolah cari tandas-tandas yang masih ada air di tangki. Sambil bertuala bawak gayung mandi dengan sabun, pagi-pagi buta cari tempat nak mandi untuk bersiap ke sekolah, petang pulak nak bersiap untuk prep, sampailah sekolah menjumpai punca air bukit dan bina tangki simpanan air. Tu cerita 20 tahun lepas la.


Setelah 2 jam perjalanan daripada Ipoh, sampailah ke lokasi tempat ni

Kawasannya adalah berdekatan dengan Hotel Equatorial (nampak kat background gambar)
Kawasan ni kalau kat area KL lebih kurang macam area Bukit Tunku. Rumah-rumah kat sini dibina di atas lereng bukit. Jadinya biliknya bukan naik ke atas tetapi turun ke bawah. Ada la terserempak dengan geng kera, jangan bagi geng kera ni makanan pulak kang kera-kera ni naik tocang. Cuma kalau OKU berkerusi roda agak susah sikit la kalau berkunjung ke sini. Parking di sini adalah di tepi jalan depan rumah ni, kena berhati-hati kat area sini sebab kereta lalu-lalang bawa laju macam pelesit sebab kawasan bukit tepi hutan.

Setelah disambut oleh 2 orang penjaga OYO Marios' 88 ni dan bayar terus secara cash. Terus dapat resit melalui email. Saya diberi kunci bilik dan juga kunci pagar.

Bilik kami no. 7

Suasana dalam bilik
Semuanya lengkap, ada TV, Astro Njoi, peti ais mini, hair dryer, almari sampai 3 tempat. Kerusi kat depan cermin tu jangan main-main, boleh pusing-pusing lagi walaupun kerusi kayu.

Tandas berada di kawasan belakang katil (untuk bilik ni je la kut)

Tuala dan Toiletries OYO

Budak-budak tengah teruja tengok bilik mereka ni

Pemandangan daripada tingkap bilik-Hotel Equatorial

Pemandangan kawasan Bukit Jambul. Boleh nampak Jambatan Kedua.

Facilities & Rules di OYO Mario's 88
Setelah bermalam selama 1 malam dan menyelesaikan misi serta mengisi perut dengan makanan yang best di Penang, tibalah masa untuk check-out dan meneruskan jalan-jalan di Penang ini.

Bergambar kenangan depan bilik no.7

Front Desk di sini. Ada 8 bilik sahaja di sini.

Bergambar kenangan depan front desk OYO Mario's 88
Ada sembang dengan staf di sini, mereka cakap ni hari ke-3 mereka beroperasi sebagai OYO. Sebelum tu tempat ni adalah restoran Itali. Mungkin owner tempat ini telah bekerjasama dengan OYO dan menukarkan tempat ini menjadi hotel dengan OYO. Apa pun, pengalaman menarik di OYO Mario's 88 ni merupakan satu pengalaman yang menarik di Penang ini dan akan terpahat dalam ingatan sanubari.

You Might Also Like

0 komen