Penang Trip: Pekena Laksa Tempurung di Pantai Ombak Damai Penang

Isteri saya seorang peminat laksa tegar. Kalau seminggu tak makan laksa memang tak sah. Saya pulak laksa ni kalau nak makan mesti waktu petang sahaja, waktu lain tak boleh pergi. Sebenarnya saya pun sama jugak, kalau tak dapat nasi ayam dalam seminggu tu terasa seperti ada benda tak kena. Memandangkan di Penang ni ada reputasi laksa yang sedap sebab kami biasanya makan laksa di Batu Ferengghi.

Menggunakan Google, beberapa lokasi laksa ditemui dan akhirnya kami bercadang untuk mencuba Laksa Tempurung Pantai Ombak Damai disebabkan cuma 15 minit daripada lokasi kami di Bukit Jambul. Sememangnya tempat ini sebuah tempat makan best tersembunyi yang kami sendiri pun tak pernah ketahui selama ini.

Berselfi di Pantai Ombak Damai

Lokasi parking kereta di tepi pantai

Pantai Ombak Damai

Anak-anak saya pantang jumpa pasir dan pantai, mesti nak pergi main dan explore

Selain Laksa, ada Char Kuey Teow juga

Kaunter makanan dibuka seawal jam 1 tengahari

Ais milo tabur dan laksa yang dihidangkan di dalam bekas yang diperbuat daripada tempurung

Menarik jugak makan sambil menikmati suasana tepi pantai

Kena berjaga-jaga jugak sebab kadang-kadang ombak pantai hentam jugak ke kaki

Kaunter Laksa Tempurung. Ada juga ABC, Cendol dan Pelam Goreng (Next visit nak try pelam goreng ni)

Selain tu ada Coconut Share & Coconut Ice Cream di sini

Kalau tak minat laksa, ada macam-macam menu lain lagi

Nasi goreng udang. Ada 4-5 ketul udang jugak. Kalau tak tahan pedas kena cakap kat kaunter tau..

Selfie story di Instagram tapi lighting out..
Seperti biasa bila dah sampai ke tempat makanan sedap, tapau beberapa bungkus laksa sebelum bawak balik ke Ipoh. Dah sampai ke Penang kalau tak naik feri memang tak syiok la.

Berselfie di atas Feri


Dah letih mandi air laut di pantai. Memang pengsan la budaknya..

Sejak bila tingkat atas feri dibuka kepada kereta?

Ingat lagi dulu tingkat atas ni penuh dengan bangku tempat duduk, sekarang tidak lagi.

Google Photos cantumkan gambar ni. Memang power..

Gambar free untuk internet: Feri Pulau Pinang

Begitulah kisahnya sehari sebelum menyambut ketibaan bulan Puasa untuk tahun ni. Sememangnya kalau ada kesempatan untuk melawat ke Penang, memang kami akan datang lagi.

You Might Also Like

0 komen