Mood Republik merupakan sebuah acara tahunan yang akan berlangsung sebelum Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun. Kalau tahun lepas acara diadakan di PWTC, tahun ini acara diadakan di MITEC pula. Di PWTC pulak muncul acara Star Vendors, tema dua-dua acara sama je, jualan Hari Raya cuma Mood Republik ni lagi otai la.
Memandangkan MITEC ni cuma 10 minit je drive daripada rumah dan wife duk kempunan nak makan Absolut Chocolate, kitorang satu famili pergi la pada sebelah malam. Nak masuk ke dalam MITEC je terpaksa rempuh jem.
Sampai juga ke MITEC |
Perasaan penuh semangat nak berjalan |
Keadaan di ruang legar MITEC |
Kena register sebelum masuk ke dalam dewan |
1 famili satu borang, perlu chop kat tangan |
Setelah tangan diperiksa dan lepas. Kita masuk ke dalam |
Misi mencari mana booth Absolut Chocolate |
Mana daa boothnya |
Ala..dah terbeli benda alah ni online |
RM10 sekotak kira murah la |
Eh..ada event la kat pentas utama |
Jumpa pun booth Absolut Chocolate ni |
Sharifah Shahirah dengan Raja Azura rupanya atas pentas, patut ler ramai orang |
Booth ni betul2 depan pentas utama daa |
Aik..artis terkenal pun jadi cashier? Tapi memang masyuk duit jual benda ni.. |
Lautan manusia, tiba-tiba diumumkan Joy Revfa pulak nak datang |
Joy Revfa kat atas pentas |
Kitorang sebenarnya nak pergi berjalan ke sebelah kanan pentas ni sebab belum habis tawaf lagi, tiba-tiba pulak lautan manusia penuh sebab Joy Revfa ni. Tengok Joy Revfa ni memang diva habis la, mungkin antara sebab Hafiz Hamidun terjatuh cinta kut dulu. Apa pun, saya dan wife terpisah waktu ni, mujur jugak kitorang pegang anak sorang, saya pegang yang adik dan wife saya pegang yang abangnya. Adiknya memang jenis tak duduk diam sikit jadi kena bertindak pantas sikit. Kitorang sebenarnya dah mengalami kejadian anak hilang ni dalam dua kejadian berbeza, memang boleh sakit jantung woo.
Apa pun, saya ambil keputusan untuk tunggu di seberang pentas ni duk tunggu mana la wife ni pergi. Dah reda kejadian riuh Joy Revfa nak naik pentas, muncul la wife dengan si Abang tapi tengok muka wife macam ketat semacam. Ingatkan nak call tanya sebab lama duk tunggu tak muncul-muncul. Sekali wife cakap fon hilang daripada handbag. Handbag wife saya ni jenis ada tempat letak selit jadi memang dia biasa letak handphone kat situ.
Dipendekkan cerita, kitorang buat keputusan untuk balik sebab dah kecewa handphone kena curi. Moralnya di sini, kalau handphone mahal dan belum habis bayar installment, silalah berbelanja sedikit ambil insurans dan sentiasa backup data penting anda di cloud kerana sekiranya handphone anda hilang, data penting anda masih lagi boleh diselamatkan dan dilindungi.
0 komen