Menukar Bateri Alcatel Flash 2 (7049D)

Alcatel Flash 2 merupakan handphone yang saya beli daripada Lazada pada Oktober 2015. Spec handphone ini merupakan yang 'terbaik' bagi saya pada waktu itu dengan harga cuma RM549 disebabkan ROM nya 16GB dan RAM 2GB. Setelah lebih 3 tahun, handphone ini masih lagi utuh beroperasi dan telah 'survive' di dalam suasana yang 'extreme' seperti jatuh daripada tangga, terjatuh dalam air dan bermacam-macam lagi. Kini, handphone ini telah diberikan kepada anak saya untuk bermain game seperti 'Roblox', 'Granny' dan 'FNAF'. Sememangnya handphone ini merupakan legend bukan sahaja daripada namanya (brand Alcatel ni dah wujud sejak zaman Ericsson dan Nokia lagi).

Walaubagaimanapun, seperti bateri kereta juga bateri handphone mempunyai tempoh hayatnya yang tersendiri maka setelah 3 tahun lebih, bateri handphone ini mengalami kekembungan dan hanya mempunyai jangka hayat setengah jam sahaja. Oleh itu, demi memastikan handphone ini meneruskan lagi operasinya, saya pun beli bateri gantian daripada Shopee yang berharga RM38. Menggunakan YouTube sebagai akademi untuk belajar bagaimana untuk membedah handphone ini, ianya hanya mengambil masa 15 minit sahaja sebelum waktu berbuka puasa untuk menggantikan bateri handphone ini. Mujur juga binaan handphone ini bukan seperti handphone-handphone masa kini yang kebanyakkannya digam dan memerlukan tools khas seperti 'heat gun' atau 'suction cup' untuk membuka housing handphone tersebut.

Precision Screw Driver set yang murah dibeli di Mr DIY

Keadaan bateri yang kembung. Mujur tak sempat meletup.

Menggantikan bateri Alcatel Flash 2 7049D
Begitulah ceritanya bagaimana untuk memanjangkan lagi tempoh hayat bateri 'handphone' yang mempunyai nilai sentimental dan kini hanya digunapakai oleh anak-anak untuk menonton YouTube dan bermain game pada hardware spec yang rendah.

You Might Also Like

0 komen