Berbuka Puasa di Hotel Sri Petaling

Rezeki jangan ditolak, jadinya apabila peluang untuk berbuka puasa di hotel diterima, adalah tidak mungkin untuk ditolak, bukannya senang nak dapat berbuka puasa di hotel tanpa mengeluarkan duit poket kita sendiri.

Bufet Ramadan di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur
Hotel ni rupanya terletak dekat je daripada ofis tempat saya kerja. Parking kalau dapat area luar sekitar hotel kena pakai kupon parking untuk tempoh sepanjang waktu pejabat. Kalau parking dalam basement hotel dalam RM3 kalau tak salah.

Boleh follow Hotel Sri Petaling di Instagram ID: hotelsripetaling

Kami team BD sampai awal pukul 6.30pm

Pukul 7pm je meluru geng ambil makanan siap-siap

Tu dia..Sup Gear Box woo

Koleksi makanan bufet siap ada amaran lagi kalau tak habis makan..hamekk..

Tiba-tiba kami terasa masa bergerak perlahan

Ada penyanyi upahan la..terhibur jugak la..

Nama salah seorang penyanyi kat atas pentas tu Nico (seorang tomboy)

Tu dia..nasi arab, udang bakar, kambing..semua tibai..

Nico yang lagi banyak nyanyi berbanding dengan partner perempuan dia

Alhamdulillah..kenyang
Terima kasih kepada pihak penaja yang sudi belanja saya dan team BD saya.

You Might Also Like

0 komen