Menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU)

Pada 11hb Mei 2019, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan bersama Fakir Miskin dan Muallaf. Ini merupakan kali pertama saya menghadiri majlis berbuka puasa di bulan Ramadan untuk tahun ini dan juga untuk menyaksikan satu upacara yang mulia ini.

Bersama anak lelaki sulung saya

Banner Majlis Berbuka Puasa di SRICU ini

Suasana di dalam surau (hasil cantuman Google Photos).
Golongan penerima asnaf duduk di bahagian VIP di hadapan.
Jemputan khas untuk majlis ini adalah Selebriti Ustaz Elyas Ismail. Sememangnya Ustaz ni punya ceramah sangat menarik serta menyentuh jiwa dan sanubari golongan rakyat marhaen. Tidak lupa juga lawak-lawak yang diberikan memang tak kering gusi. Kalau anda rasa stress dan perlukan hiburan dalam masa yang sama mengisi pedoman dalam hidup, kena hadiri sesi-sesi ceramah macam ni.

Muka menantikan saat berbuka puasa
Sesi berbuka puasa bermula dengan edaran snek ringan dalam plastik beg kecil iaitu 2 ketul kuih, kurma dan air mineral di dalam botol kecil yang comel. Sejurus sahaja snek dihabiskan, solat maghrib berjamaah dijalankan dan selesai solat barulah majlis berbuka puasa secara bufet diadakan. Solat terawih pula dijalankan selepas solat isyak dan moreh disediakan selepas itu.

You Might Also Like

0 komen