Pengalaman Pertama Menghadiri Temuduga Terbuka: Technip Walk-In Interview May 2012

2 minggu selepas balik daripada Johor, syarikat tempat aku berkhidmat dilanda masalah. Sebenarnya masalah ni dah berlanjutan sejak tahun lalu lagi tapi aku masih lagi berharapan sampailah ke satu tahap yang mana pada aku tidak dapat dibendung lagi. Disebabkan krisis ini, aku memulakan langkah mencari alternatif bagi menangani isu yang semakin meruncing ni. Website paling popular untuk mencari kerja Jobstreet jadi tumpuan utama, sekali tu aku terjumpa iklan kat bawah ni:

Walk-In Interview Technip May 2012

Dah sekian lama aku dah tak pergi interview (hampir 5 tahun ada kut) macam-macam perasaan ada (takut, risau, gelabah dsb). Tapi apa pun, kalau tak mulakan langkah kita takkan tahu, ditemani isteri aku, aku keluar awal pagi daripada rumah dan sampai kat Berjaya Times Square jam 9 pagi.

Technip banner kat  Level 14, West Wing
Tempat ni rupanya aku pernah datang dulu tahun 2010, time tu aku bukak booth promosi syarikat. Boleh baca program tu di LINK INI.

Queue pendaftaran yang panjang

Bergambar di queue walk-in interview Technip: Belum 9.30am lagi tapi aku dapat nombor 104.

Makin dekat queue..

Dan makin dekat lagi..

Setel pendaftaran, alamak tempat duduk dah penuh..

Ada video presentation pasal Technip: Memang menarik

Dapat jugak tempat duduk, depan sekali depan rostrum

Technip Presentation dimulakan

HR Manager Technip memberikan sepatah dua kata

Cerita pasal apa sebenarnya bisnes Technip

Dalam briefing ni, HR Manager ni bagitahu yang Technip sedang mencari 500 orang untuk memenuhi jawatan kosong dalam Technip. Kat Malaysia jer, ada lebih kurang 1,500 orang yang berkhidmat dengan Technip. Technip katanya ada backlog 10 juta Euro sebab tu dia perlukan lebih ramai pekerja bagi mencapai target kewangan diorang. Jawatan-jawatan ni perlu diisi dengan segera. Katanya proses pengambilan staf akan mengambil 4-6 minggu jadinya walk-in ni cuma temuduga permulaan.

Akhirnya, nombor aku dipanggil setelah 2 jam menunggu (11.30am)..cuba tengok punya ramai manusia..

Disebabkan terlalu ramai orang yang datang walk-in interview ni, staf Technip terpaksa buat ambil group by group pastuh interview sorang-sorang. Nombor pulak dia tak ikut turutan, dia pecah-pecahkan ikut department berdasarkan resume yang semua orang dah submit. Aku time tu dapat dengan bos kepada HR Manager yang kasi briefing awal tadi, nama dia Kasuma Satria. Orangnya memang sempoi jer. Waktu interview dengan En. Kasuma ni, dia terus tengok resume aku dan terus dia tanya sama ada aku berminat nak masuk Engineering atau BD (Business Development), dia tak tengok pun aku cuma ada Diploma. Aku pun jawablah aku minat BD. Pastu dia tanya, sama ada aku sanggup tak ditempatkan di Pasir Gudang. Aku jawab aku kena fikirkan dulu. Dia pun citerlah kata sekarang ni diorang ada plant baru kat Pasir Gudang jadinya peluang lebih tinggi kalau aku cuba engineering. Kalau BD memang di KL tetapi buat masa ni tak banyak tempat.

Takperlah, aku cuba nasib tengok macam mana. Apa pun, memandangkan sambutan luarbiasa (mau ada lebih 1,000 orang yang datang walk-in interview ni) dalam sesi temuduga terbuka ni, aku rasa mesti ada orang lain lagi yang lebih berkelayakan, berpengalaman, berkaliber dan mempunyai kemahiran lagi dahsyat daripada aku jadinya aku tak menaruh sebarang harapan yang tinggi sangat untuk dapat jawatan dalam syarikat Technip ni. Kalau dapat tu, mungkin aku bertuah dan bernasib baiklah kut.

Suasana selepas aku dah habis interview jam 11.30am

Pemandangan daripada lif waktu aku nak turun balik

Apa pun, seronok jugak sertai temuduga terbuka ni, macam nak try audition untuk Malaysian Idol atau Mentor la pulak. Kalau ada apa-apa update nanti aku citer la ok? 

You Might Also Like

1 komen

  1. salam, nk tnya masih ada lagi ke walk-in interview utk Technip 2014?

    ReplyDelete