Jumaat, 25 Mei 2012

Mengambil Peperiksaan Untuk Dapatkan Certificate

Pada 9/4/2012, ada seorang Mat Salleh daripada US telah berkunjung ke ofis tempat aku kerja. Nama dia Sean Benson. Dia baru jer berkahwin dengan seorang warga British berketurunan India. Katanya mak Isteri dia orang Malaysia jadinya dia datang ke sini untuk berbulan madu kat Langkawi. Memandangkan dia tak minat nak ikut bini dia yang gila shopping, jadinya dia pun schedule la untuk jadi tukang jaga exam untuk produk yang syarikat aku bawa masuk daripada USA ni.

Sebenarnya dulu takde pun exam ni, diorang ni bercita-cita nak jadi macam pengeluar perisian lain nak kasi ada standard yang tinggi, so diorang wujudkan exam ni untuk dapat certificate. Kalau ada bisnes partner yang takde certificate ni kira takde class la. Exam ni kena bayar pulak tu. So seharian la calon-calon exam (ada 6 orang calon exam) ni terperap dalam bilik mesyuarat mengadap soalan-soalan exam ni. Sekarang ni senang jer, semuanya online jadinya bila siap jer amik exam terus dapat berapa result.

Sean Benson tengah bersembang dengan bos kecik

Mzhany dan AkuSeorangAjak sedang tekun membaca soalan peperiksaan

Sean Benson tengah tulis spec yang takde kaitan dengan exam pun

Lunch. Makan kat kedai English Stylo. Bos belanja..

Exam dah habis. Sesi perbincangan pulak
Daripada 6 orang yang ambik exam, 2 orang je yang lulus tak termasuk aku. Jadinya mungkin nak kena amik repeat paper pulak nanti. Aku ni dah ler fobia sikit dengan exam-exam ni, tu yg susah nak lulus tu. Tapi  camner pun aku memang bercita-cita nak jadi seorang top scorer suatu hari nanti..

2 ulasan:

  1. pening aku semua paper fail..demmm

    BalasPadam
  2. kalu ko dok microcorp bole la repeat blk paper tu. hahaha...

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...