Berkunjung ke Kedai MINISO Marvel di Nu Sentral

Salah satu kegemaran saya dan keluarga adalah pergi berjalan dan dengan lambakan pusat membeli-belah di Kuala Lumpur ni, adalah mustahil untuk saya pergi ke semua lokasi yang ada kecuali yang besar dan menarik sahajalah.

Dalam perjalanan pulang daripada Bukit Bintang nak ke parking kereta kami di Nu Sentral, kami ternampak satu kedai yang cukup menarik ni:



Dengan trending cerita Marvel yang ada di panggung wayang, brand Marvel ni memang tak boleh dinafikan lagi. Nanti kita cuba kupas sejarah Marvel dalam post akan datang, saya ingat lagi waktu saya tengah buat pembacaan berkenaan syarikat Oracle tiba-tiba salah satu client mereka adalah Marvel dan mereka menggunakan produk database Oracle untuk menguruskan bisnes mereka.

Apa pun, kembali ke kedai menarik ni:


MINISO bertemakan Marvel di Nu Sentral. Mulanya saya ingatkan MINISO ni sama macam Daiso, Muji, Uniqlo semua tu, rupanya mereka adalah syarikat low-cost retailer daripada China yang menggunakan konsep branding daripada Jepun. Walaubagaimanapun, menurut Wikipedia, MINISO ni takde pun cawangan di Jepun. Di Malaysia sahaja, mereka ada lebih kurang 35 cawangan. Di Asia, ada lebih kurang 1,800 cawangan dan target mereka adalah 6,000 cawangan seluruh dunia. Memang dahsyat perancangan pemasaran mereka..


Budak-budak ni memang peminat Marvel, memang teruja la bila jumpa semua barang-barang bertemakan Marvel ni.


Macam-macam rupa bantal pun ada.


Aksi bertinju pun ada jugak >> TONTON VIDEO.


Ala..chomelnya beg..


Benda yang tak terfikir ada pun ada. Isteri saya dah jadi rambang mata datang sini.


Stokin pun ada..


Barang-barang kat sini harganya berpatutan walaupun ada nama brand Marvel tu. Cuma disebabkan barang-barang tu ada bermacam-macam, memang macam-macam la masuk dalam bakul. Akhirnya tibalah masa untuk bayar. Tips untuk nak berjimat cermat, kalau nampak kedai-kedai menarik macam MINISO ni, kena cuba menahan diri daripada masuk sebab kalau dah masuk, memang akan keluar daripada kedai ni dengan barang. ;-p



You Might Also Like

0 komen