Mencuba Selera Patin Bangau di Temerloh

Saya bukannya peminat ikan patin sebenarnya tapi kalau dah ada orang belanja makan, semestinya saya tidak akan menolak. Pada 10/10 yang lepas, saya join meeting di IIUM Gambang. Habis je meeting, perut dah lapar, makanya bos yang bawak kereta pada ketika itu kata jom pegi makan ikan patin. Kita layankan ajer..


Kedai makan ni terletak di Temerloh tapi bukan tepi sungai, ianya tersorok di dalam kawasan kampung. Kena cuba cari dalam Waze atau Google Maps kalau tak memang tak jumpa rasanya.


Sampai pun dah agak lewat sikit, hampir pukul 3pm jadi dah tak ramai orang.


Order air kat kaunter sebelah ye.


Beratur menunggu ikan patin. Kedai dibuka hari Selasa sampai Ahad. Hari Isnin kedai ni tutup cuti.


Menjelang pukul 4pm, ikan patin akan habis dibeli oleh penggemar ikan patin.


Tu dia tengok saiz kepala dengan badan ikan patin berendam dalam kuah tempoyak.


Saya mulanya ingat biasa-biasa je sebab pernah makan ikan patin sebelum ni tapi tak menarik minat sangat. Bila dah cuba di kedai ini, perghhhh..kuahnya pedas-pedas sikit dengan isi lembut ikan patin tu..aduss..berpeluh-peluh hirup kuah tempoyak pedas ni pun dah tak kisah dah. Sememangnya paduu...

Terima kasih kepada bos kerana belanja makan sedap kepada kami pekerja marhaen. :-D

You Might Also Like

0 komen